KUNMING: Sekumpulan gajah liar Asia yang melakukan pengembaraan di Yunnan selama 110 hari kini balik semula ke habitat asal di Pu'er, selatan wilayah itu.
Menerusi rakaman yang dibuat pada Ahad kesemua 14 ekor gajah itu dilihat menyeberangi Sungai Yuan selepas mengembara sejauh 1,300 kilometer melalui tiga bandar dan lapan wilayah sejak 16 April.
Sepanjang perjalanan mamalia itu, tiada kes kematian dan kecederaan manusia dilaporkan susulan pelaksanaan langkah-langkah keselamatan oleh pihak berkuasa tempatan.
Setakat 8 Ogos, lebih 25,000 anggota polis dan petugas dikerah untuk memantau pergerakan kawanan gajah tersebut, selain menggunakan 973 dron serta menempatkan 15,000 kenderaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Menurut pihak berkuasa tempatan, lebih 150,000 penduduk telah dipindahkan ke kawasan lain bagi tujuan keselamatan, manakala sebanyak 180 tan makanan turut disediakan kepada kumpulan gajah tersebut.
Selain itu, 13 pakar dari Pusat Penyelidikan Gajah Asia Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput Negara, Institut Zoologi Kunming, Universiti Yunnan, Universiti Perhutanan Beijing dan jabatan lain turut memberikan panduan saintifik dan sokongan teknikal sepanjang pengembaraan gajah tersebut.
Pihak berkuasa tempatan akan mendokumentasikan pengalaman mengendalikan keadaan itu untuk rujukan di masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 10 2021
Kesemua 14 ekor gajah itu dilihat menyeberangi Sungai Yuan selepas mengembara sejauh 1,300 kilometer melalui tiga bandar dan lapan wilayah. - Gambar/ Reuters
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
25,000 petugas pantau, 150,000 penduduk dipindah untuk pastikan 14 gajah bermigrasi selamat
Lebih 25,000 anggota polis dan petugas dikerah untuk memantau pergerakan kawanan gajah tersebut, selain menggunakan 973 dron serta menempatkan 15,000 kenderaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.