LOS ANGELES: Seramai 25 rekrut polis cedera semasa latihan apabila sebuah kenderaan merempuh mereka di selatan negeri California barat AS pagi Rabu, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa.
Laporan sebelum ini berkata 23 cedera apabila pemandu berusia 22 tahun itu memasuki laluan yang salah dan merempuh sekumpulan 75 rekrut yang berlari dalam formasi ketika latihan.
Lima daripada yang cedera dalam keadaan kritikal, empat dalam keadaan stabil manakala 16 cedera ringan, kata Syerif Daerah Los Angeles Alex Villanueva.
Kenderaan itu berubah haluan menghala ke arah kumpulan rekrut dari Jabatan Syerif Daerah Los Angeles dan beberapa jabatan polis lain di California Selatan pada sekitar 6:20 pagi waktu tempatan (1420 GMT) di Whittier, kata Villanueva pada sidang akhbar.
Pegawai berkata pemandu muda itu mengalami kecederaan ringan dan ditahan di tempat kejadian.
Villanueva berkata pemandu itu melepasi ujian mabuk dan punca kemalangan "masih tidak diketahui buat masa ini."
--BERNAMA
Bernama
Thu Nov 17 2022
Kejadian berlaku apabila seorang pemandu berusia 22 tahun memasuki laluan yang salah dan merempuh sekumpulan 75 rekrut yang berlari dalam formasi ketika latihan. - AP
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
25 cedera selepas kenderaan yang dinaik merempuh rekrut polis di California
Seramai 25 rekrut polis cedera semasa latihan apabila sebuah kenderaan merempuh mereka di selatan negeri California barat AS pagi Rabu.
60 cedera dalam insiden rempuhan pada perarakan karnival
Kes dan motif suspek masih dalam siasatan bagaimanapun kita tidak menolak tindakan itu bermotifkan jenayah.