3 maut, 60 cedera gempa bermagnitud 6.0 landa Sichuan

Bernama
September 16, 2021 09:40 MYT
Tiga orang disahkan meninggal dunia manakala 60 yang lain dikejarkan ke hospital selepas gempa bumi berkekuatan 6.0 pada skala Richter menggegarkan daerah Luxian di bandar Luzhou, wilayah Sichuan. - Foto AP
CHENGDU (China): Tiga orang disahkan meninggal dunia manakala 60 yang lain dikejarkan ke hospital selepas gempa bumi berkekuatan 6.0 pada skala Richter menggegarkan daerah Luxian di bandar Luzhou, wilayah Sichuan, barat daya China.
Tiga daripada mangsa yang dikejarkan ke hospital dilaporkan mengalami kecederaan parah, menurut Agensi Berita Xinhua, memetik biro pengurusan kecemasan bandar Luzhou.
BACA: Gempa bumi sederhana landa Sichuan
Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, gempa berlaku pada 4.33 pagi. Pusat gempa dipantau pada 29.2 darjah utara dan 105.34 darjah timur pada kedalaman 10 kilometer.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Sichuan #China #Luxian #Luzhou