35 terbunuh dalam serangan roket terbaharu di Syria

Agensi
Mac 20, 2018 21:24 MYT
Kawasan tersebut juga merupakan kawasan yang semakin kerap diserang oleh puak pemberontak yang didakwa didokong oleh militan Rusia. - Foto Syrian Civil Defense White Helmets via AP
35 terbunuh dalam satu serangan roket yang dilancakan oleh puak pemberontak ke arah sebuah pasar berhampiran kawasan penempatan di Kashkol, Syria.
Serangan itu urut mencederakan 20 yang lain.
Kawasan tersebut juga merupakan kawasan yang semakin kerap diserang oleh puak pemberontak yang didakwa didokong oleh militan Rusia.
Menurut saksi kejadian, serangan terbaharu itu merupakan serangan yang menyaksikan paling ramai orang awam terbunuh.
Malah antara yang menjadi mangsa dalam serangan kali ini termasuklah wanita dan kanak-kanak.
Kebanyakan mangsa baharu sahaja pulang dari tempat kerja dan kanak-kanak yang keluar dari sekolah.
Kawasan berkenaan sesak dengan orang ramai ketika serangan tersebut berlaku.
#Kanak-kanak #mangsa #Rusia #sekolah #serangan #Syria #wanita