BANGKOK:Sekitar 4.7 juta pekerja di Thailand bakal kehilangan pekerjaan susulan gelombang terbaharu wabak COVID-19 pada pertengahan Disember tahun lalu.
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank of Thailand (BoT) dalam minit mesyuarat dasarnya pada 3 Feb yang diterbitkan pada Rabu berkata pekerja yang mungkin kehilangan pendapatan ini terdiri daripada mereka yang menerima upah harian dan yang bekerja sendiri dalam sektor bukan pertanian termasuk kakitangan industri perhotelan.
"Daripada pekerja-pekerja ini, sekitar 1.2 juta bakal menjadi penganggur," katanya.
Wabak terbaru COVID-19 yang meledak dari wilayah Samut Sakhon, pusat wabak terbaharu di Thailand, mencatatkan 20,724 kes dan 22 maut sejak pertengahan Disember 2020.
Pada 3 Feb lepas, BoT telah mengekalkan kadar dasar pada rekod serendah 0.5 peratus untuk menyokong pemulihan ekonomi di tengah-tengah lonjakan jangkitan COVID-19.
MPC sebulat suara mengundi bagi mengekalkan kadar faedah penanda aras itu untuk mesyuarat keenam berturut-turut.
Pemulihan ekonomi Thailand kekal tidak menentu, oleh itu ruang dasar monetari yang terhad perlu dikekalkan agar sebarang respons boleh dibuat pada masa yang sesuai untuk memaksimumkan keberkesanannya.
Katanya, ekonomi Thailand akan berkembang lebih perlahan daripada 3.2 peratus yang dinilai sebelum ini berikutan impak COVID-19 terkini terhadap ekonomi.
"Bagaimanapun, pemulihan merentasi sektor mungkin bersifat tidak sekata. Oleh itu, langkah-langkah tambahan seharusnya lebih disasarkan, seiring dengan keperluan dan potensi prospek perniagaan," katanya.
Jawatankuasa itu melihat kejatuhan nilai baht boleh menjejaskan pemulihan ekonomi.
"Jawatankuasa ini akan memantau dengan teliti perkembangan pasaran pertukaran asing dan aliran modal serta mempertimbangkan keperluan melaksanakan langkah-langkah tambahan yang bersesuaian bagi memastikan pergerakan kadar pertukaran tidak akan menghalang pemulihan ekonomi," katanya lagi.
Ekonomi Thailand menguncup sebanyak 6.1 peratus pada 2020, kejatuhan terbesarnya sejak krisis kewangan Asia 1998.
Berikutan kesan serius pandemik COVID-19 ke atas ekonomi Thailand, Pejabat Majlis Pembangunan Sosial dan Ekonomi Kebangsaan mengurangkan ramalan pertumbuhan ekonomi 2021 untuk negara itu kepada 2.5 hingga 3.5 peratus berbanding unjuran sebelum ini iaitu pada 3.5 hingga 4.5 peratus.
BoT dijangka akan membuat kajian semula ke atas dasar monetarinya menjelang 24 Mac depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 17 2021
Pekerja yang mungkin kehilangan pendapatan ini terdiri daripada mereka yang menerima upah harian dan yang bekerja sendiri. -Gambar fail/REUTERS
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.