PORT-AU-PRINCE: Kumpulan penjenayah terkenal dikenal pasti sebagai dalang disebalik penculikan sekumpulan mubaligh Kristian di ibu kota Haiti, Port-au-Prince, kata pihak berkuasa.

Lima lelaki, tujuh wanita serta lima kanak-kanak baru sahaja pulang daripada melawati sebuah rumah anak yatim sebelum diculik pada Sabtu.

Menurut polis, mereka diculik oleh kumpulan Mawozo 400, yang juga dikenal pasti sebagai dalang dalam kes penculikan seorang paderi Katolik April lalu.

Haiti mempunyai kes penculikan antara tertinggi di dunia.

Tahun ini sahaja 600 kes penculikan dilaporkan berbanding 231 pada tahun lepas, menurut kumpulan masyarat sivil tempatan.

Peningkatan ini dilihat susulan pembunuhan Presiden Jovenel Moise pada Julai yang turut menyebabkan pertembungan antara kumpulan pengganas yang ingin menguasai negara berkenaan.

Kumpulan Mawozo 400 ini juga dipercayai bertanggung jawab ke atas kes penculikan 16 rakyat Amerika Syarikat dan Kanada pada Sabtu.