DAR ES SALAAM: Polis Tanzania sahkan 45 orang terbunuh dalam kejadian rempuhan di Dar es Salaam.
Kejadian berlaku ketika ribuan penduduk berhimpun di sebuah stadium bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Presiden John Magufuli.
Kata Ketua Polis, Dar es Salaam, Lazaro Mambossa, ketika kejadian, ramai yang cuba memasuki stadium dengan ada segelintirnya tidak sabar untuk memberi penghormatan mereka.
"Terlalu ramai yang berebut-rebut untuk memasuki stadium, malah ada yang tidak sabar hingga berlaku rempuhan yang mengakibatkan 45 individu maut," katanya.
Mambossa menambah, mereka cuba merempuh masuk menyebabkan ramai terhimpit dan menyebabkan 45 orang maut.
Pada masa sama, berpuluh-puluh individu lain turut cedera dalam rempuhan itu, namun sudah dibenarkan keluar dari hospital.
Terdahulu, John Magufuli meninggal dunia di Dar es Salaam pada usia 61 tahun akibat komplikasi jantung.
Susulan itu Tanzania berkabung selama 14 hari dengan bendera dikibarkan separuh tiang.
Agensi
Tue Mar 30 2021
Kejadian berlaku ketika ribuan penduduk berhimpun di sebuah stadium bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Presiden John Magufuli. -Reuters
Tumpuan Jumaat - 29 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (28 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hampir 10,000 sertai Majlis Iftar MADANI bersama PM sempena Nuzul al-Quran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang bersempena cuti Nuzul al-Quran di Dataran Putra di sini.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
Dua mayat ditemukan selepas jambatan di Baltimore runtuh
Jasad dua daripada enam pekerja pembinaan yang hilang daripada jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat ditemukan, kata pihak berkuasa pada Rabu.
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
Tanzania keluarkan amaran penularan wabak mata merah
Wabak itu menyebabkan kemerahan pada mata, kebanyakannya disebabkan oleh saluran darah yang membesar atau bengkak.
Sampel haiwan diuji positif, Tanzania dakwa kit ujian COVID-19 ada 'masalah teknikal'
Beberapa sampel daripada haiwan telah diguna dan diberikan identiti manusia sebelum dihantar ke makmal bagi mengesan keberkesanan kit ujian berkenaan.
Sembilan pelajar maut dalam kebakaran asrama
Sembilan pelajar dilaporkan maut dalam kebakaran di asrama sebuah sekolah menengah di selatan Uganda, awal pagi tadi.
Najib ketuai delegasi ke dialog perkongsian bestari global di Tanzania
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Dialog Perkongsian Bestari Global di Dar Es Salaam, Republik Bersatu Tanzania bermula esok.