ANKARA: Sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh selepas ribut tropika Paeng, yang dikenali di peringkat antarabangsa sebagai Nalgae, melanda selatan Filipina, mencetuskan banjir dan tanah runtuh, kata pihak berkuasa pada Sabtu.
Empat puluh daripada mereka yang disahkan maut adalah dari Wilayah Autonomi Islam Bangsamoro di Mindanao (BARMM), lapor media tempatan, merujuk taklimat media maya oleh pengerusi Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC), Jose Faustino Jr.
Lapan belas orang masih hilang, 15 daripadanya berasal dari wilayah Maguindanao di BARMM dan tiga dari kawasan Sultan Kudarat, kata Faustino, yang kini berkhidmat sebagai pemangku setiausaha Jabatan Pertahanan Negara (DND), lapor Anadolu Agency memetik The Manila Times.
Menurut NDRRMC, ribut tropika itu menjejaskan 49,767 keluarga melibatkan 184,161 orang.
Pusat pemindahan kini menempatkan 2,615 keluarga atau 9,737 orang di 113 penempatan manakala 625 keluarga atau 2,400 penduduk berada di luar kawasan terjejas ketika ribut melanda, lapor harian itu.
Pentadbir Pengairan Kebangsaan Benny Antiporda pada sidang akhbar yang sama berkata pihak berkuasa telah menjalankan operasi awal mengeluarkan air di empangan utama, terutama di kawasan yang terjejas teruk bagi mengelak senario yang lebih buruk.
"Kami telah mengeluarkan air dari Empangan Magat di Isabela berikutan jangkaan impak Paeng di kawasan terjejas dengan sipadu 200 meter padu sesaat," Antiporda dipetik sebagai berkata.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2022
Gambar daripada Pengawal Pantai Filipina ini menunjukkan usaha menyelamat penduduk dengan menggunakan peti sejuk di Hilongos, wilayah Leyte pada Jumaat (28 Oktober). - AP
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nasihat ribut tropika Nakri di perairan Sabah
MetMalaysia mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Nakri) yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan, berhampiran perairan Sabah.
Nasihat ribut tropika masih dikeluarkan bagi perairan Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) masih mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Podul) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah.
Jabatan Meteorologi keluar nasihat ribut tropika
Ribut Tropika (Lekima) kini berada kira-kira 908 kilometer (km) ke Timur Laut Luzon, Filipina dan sedang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 km sejam.
Ribut tropika Tembin: Angka kematian di Mindanao hampiri 200 orang
Angka kematian daripada Ribut Tropika Tembin di Mindanao, Filipina meningkat ke hampir 200 orang sehingga awal pagi Ahad.