Lebih 5.07 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.97 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak 603 juta dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 363 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos ialah Brazil dan Jerman.

Manakala United Kingdom dan Perancis melebihi 80 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 91 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Ini diikuti Malaysia dengan lebih 32 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 8 juta dos.