LEBIH 5.85 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 2.16 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak 794 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 382 juta dos vaksin.

Brazil catat lebih 218 juta dos sementara Jepun dan Jerman masing-masing 149 juta dan 105 juta dos.

Manakala Turki dan United Kingdom masing-masing melebihi 90 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 120 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Ini diikuti Thailand dan Filipina melebihi 40 juta, manakala Malaysia semakin hampir kepada 40 juta dan Singapura dengan 9 juta dos vaksin.