6.14 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar seluruh dunia

Astro Awani
September 28, 2021 23:46 MYT
Lebih 6.14 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini. -Gambar fail/AP
LEBIH 6.14 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.
Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 2.2 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti India sebanyak 876 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 389 juta dos vaksin.
Brazil catat lebih 233 juta dos sementara Jepun melebihi 161 juta, manakala Jerman dan Turki melebihi 106 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 139 juta, jauh meninggalkan negara lain.
Ini diikuti Thailand, Filipina dan Malaysia melebihi 40 juta, manakala Singapura dengan lebih 9 juta dos vaksin.
#Johns Hopkins University #COVID-19 #dos vaksin didaftar #China