6 kanak-kanak antara 16 korban pelarian di Laut Aegean

Agensi
Mac 18, 2018 01:40 MYT
Penunjuk perasaan menghadiri protes menentang perjanjian EU-Turki bagi menghalang penghijrahan besar-besaran ke Eropah, pada Sabtu 17 Mac, di Athens. -AP
Sekurang-kurangnya 16 pelarian termasuk enam kanak-kanak maut ketika cuba merentasi Laut Mediterranean pada Sabtu.
Bot yang dinaiki mangsa dilaporkan karam berhampiran sebuah pulau di timur Laut Aegean.
Menurut pihak berkuasa, hanya tiga pelarian -- dua wanita dan seorang lelaki -- berjaya sampai ke pantai.
Ketiga-tiga pelarian itu memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka antara penumpang bot kayu yang tenggelam dengan 21 orang di dalamnya.
Agensi Bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu berkata ini adalah kejadian bot karam pertama di Laut Aegean tahun ini.
Dilaporkan kira-kira 500 pelarian dan pendatang maut di Laut Aegean sejak dua tahun lalu.
Hari ini ialah hari ulang tahun kedua perjanjian Kesatuan Eropah-Turki yang bertujuan menyekat penghijrahan berkala pelarian ke Eropah.
#bot #Kanak-kanak #karam #maut #meninggal dunia #PBB #pelarian #wanita