600,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap tahun kerana hidu udara tercemar

Dania Zainuddin
Oktober 30, 2018 05:44 MYT
"Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk menghirup udara bersih supaya mereka boleh berkembang dan mencapai potensi penuh," kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Setiap hari, 93 peratus, iaitu lebih 1.8 bilion kanak-kanak di bawah umur 15 tahun terdedah dengan udara tercemar sehingga mengancam kesihatan dan proses tumbesaran mereka.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan setiap tahun, lebih 600,000 kanak-kanak meninggal dunia akibat jangkitan pernafasan kerana terhidu udara tercemar.

Polluted air is poisoning millions of children and ruining their lives. Every child should be able to breathe clean air so they can grow and fulfill their potential #BreatheLife pic.twitter.com/VHny9M1F2L

— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) October 29, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Udara tercemar ini meracuni berjuta-juta kanak-kanak dan mengancam nyawa mereka. Ini tidak boleh diterima.
"Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk menghirup udara bersih supaya mereka boleh berkembang dan mencapai potensi penuh," kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Berdasarkan laporan WHO mengenai pencemaran udara dan kesihatan kanak-kanak, antara punca kanak-kanak lebih terkesan adalah kerana pernafasan yang lebih laju berbanding golongan dewasa.

The air we breathe is growing dangerously polluted: 9 out of 10 people now breathe polluted air. It kills 7 million people every year. Let's stop it. Let's #BreatheLife https://t.co/YBc08JX8iP pic.twitter.com/vRnneAsjSQ

— World Health Organization (WHO) (@WHO) October 29, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, mereka yang tinggal di rumah yang kerap menggunakan bahan bakar dan teknologi mencuci, pemanasan dan pencahayaan turut menjadi punca bayi baru lahir dan kanak-kanak kecil lebih mudah terdedah kepada pencemaran udara.
Dalam pada itu, Persidangan Global WHO mengenai Pencemaran Udara dan Kesihatan yang bakal bermula pada Selasa yang melibatkan pemimpin dunia dan menteri-menteri kesihatan untuk berbincang tentang tindakan tentang isu ini.

WHO invites everyone in #Geneva, to @PinskyMichaels #AirPollution Pods exhibition. Air pollution is often invisible. Because we cant see it, it is hard to take it seriously. These pods make that easier. It's time for everyone to #BreatheLife! https://t.co/PNo8JLY9KK pic.twitter.com/S9JoQWkdWp

— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) October 29, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Antara cadangan yang dikemukakan oleh WHO termasuk, implentasi polisi bagi mengurangkan pencemaran udara dengan menggunakan teknologi hijau dan polisi memastikan lokasi sekolah tidak berdekatan dengan kawasan perindustrian.
#600 000 #air pollution #Kanak-kanak #meninggal dunia #WHO