LEBIH 6.34 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.21 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak 921 juta dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 396 juta dos vaksin.

Brazil mencatat lebih 242 juta dos, sementara Jepun 168 juta dos.

Turki, Jerman dan Mexico catat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 149 juta dos.

Ini diikuti Thailand dengan lebih 55 juta dos, manakala Filipina dan Malaysia melebihi 40 juta dos.

Singapura pula merekodkan jumlah lebih 9 juta dos vaksin.