JUMLAH dos vaksin COVID-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini melebihi 7.49 bilion.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.38 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan lebih 1 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 440 juta dos vaksin.

Brazil mencatat lebih 281 juta dos didaftarkan, sementara Jepun melebihi 194 juta.

Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 juta dos. 

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan mendaftarkan 215 juta dos.

Ini diikuti Thailand melebihi 85 juta, manakala Filipina 69 juta dan Malaysia melebihi 51 juta.

Singapura sudah melebihi 10 juta dos vaksin didaftarkan.