SEKURANG-kurangnya tujuh maut termasuk dua kanak-kanak dalam kebakaran susulan satu letupan kuat di barat daya Perancis pada Isnin.

Beberapa buah bangunan di bandar St Laurent-de-la-Salanque turut musnah dalam kejadian tersebut yang berlaku pada jam 1.30 petang waktu tempatan.

Usaha mencari mangsa masih sedang giat dijalankan di dua blok pangsapuri.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin memaklumkan, angka kematian ketika ini disahkan adalah tujuh namun pasukan kecemasan masih menjalankan usaha pencarian.

"Pendakwa raya ketika ini tidak mempunyai maklumat bagi menentukan kejadian tersebut disengajakan atau sebaliknya," katanya.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan susulan letupan di sebuah premis komersial di wilayah Pyrenees-Orientales yang menyebabkan kebakaran di unit perumahan di atas premis berkenaan.

Seramai 20 individu lain turut dilaporkan cedera dalam insiden itu.