80 ikan lumba-lumba mati secara misteri

Agensi
Januari 4, 2018 01:28 MYT
Bangkai seekor ikan lumba-lumba kelabu kelihatan terapung di Teluk Sepetiba, Rio de Janeiro, Brazil, 29 Disember, 2017. (Photo Leonardo Flach/Instituto Boto Cinza via AP)
Pencinta alam sekitar di Brazil bingung apabila lebih 80 ikan lumba-lumba mati tanpa diketahui puncanya dalam tempoh kurang dari sebulan di pantai Rio De Janeiro.
Manurut satu kenyataan yang dikeluarkan Gray Dolphin Institute, kebanyakan ikan lumba-lumba itu mati dalam tempoh 17 hari di Teluk Sepetiba, satu daerah kira-kira 70 kilometer di barat bandar Rio De Janeiro.
Menurut institut yang memantau dan melindungi ikan lumba-lumba itu, setakat ini, pemerhatian menunjukkan sekurang-kurangnya lima ikan lumba-lumba mati setiap hari dari teluk itu.
Namun, siasatan dan kajian yang dilakukan masih lagi menemui jalan buntu mengenai punca kematian haiwan itu.
Bagaimanapun, ujian makmal terkini pihak itu dijangka akan diketahui akhir bulan ini.
#bingung #Brazil #ikan #kaji #keputusan #lumba #Makmal #mati #Rio de Janeiro