Agak-agak berapa umur ikan yu tertua di dunia? Anda pasti terkejut...

Agensi
Disember 14, 2017 09:25 MYT
Ikan yu Greenland adalah vertebrata yang mempunyai jangka hayat paling lama di dunia. - Instagram/Juniel85
Seekor ikan yu dipercayai menjadi haiwan vertebrata tertua dunia ditemui di utara Lautan Atlantik.
Saintis percaya ikan yu spesies Greenland atau nama saintifiknya Somniosus microcephalus itu berusia 512 tahun!
Ikan yu yang berukuran kira-kira lima meter itu ditemui nelayan dan merupakan yang paling tua daripada sekumpulan 28 ekor ikan yu yang dianalisa saintis untuk kajian itu.
Berdasarkan hasil kajian, ikan yu berkenaan dipercayai dilahirkan seawal tahun 1505.
Ikan yu Greenland adalah vertebrata yang mempunyai jangka hayat paling lama di dunia dan merupakan antara spesies ikan yu terbesar.
Ia dikatakan boleh membesar pada kadar 1 sentimeter setahun dan mampu mencecah sehingga tujuh meter sepanjang hayatnya dengan berat sehingga 1,400 kg.
Ikan yu Greenland boleh hidup sehingga ratusan tahun dan menghabiskan kebanyakan masanya berenang mencari pasangan.
#Greenland #greenland shark #ikan gergasi #ikan yu #ikan yu greenland #nelayan #Sains #saintis #Somniosus microcephalus #vertebrata #vertebrata tertua