Kumpulan agensi pelancongan terbesar di Jerman, TUI membatalkan semua kunjungan ke Israel sehingga hujung bulan ini susulan operasi ketenteraan rejim Zionis ke atas Gaza minggu ini.
"Ini adalah tindak balas TUI Jerman kepada keadaan semasa di Israel dan kami membatalkan semula lawatan ke negara itu sehingga 31 Julai," kata syarikat dalam satu kenyataan yang dipetik oleh AFP.
Syarikat itu juga memaklumkan akan menghubungi semua pelanggan yang telah menempah kunjungan ke Israel sepanjang tiga minggu akan datang.
Pada masa yang sama, ia tidak akan menerima sebarang tempahan baru untuk lawatan sehingga tarikh tersebut.
Pelanggan yang menempah lawatan serta hotel di Israel bermula hujung bulan ini pula akan diminta menimbangkan semula rancangan mereka berdasarkan kepada nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh kerajaan Jerman.
Para pelanggan itu "boleh menangguh atau menukar rancangan perjalanan tanpa kos tambahan," kata syarikat itu lagi.
Kementerian Luar Jerman dalam nasihat perjalanannya memaklumkan ada serangan roket dan mortar di Israel dari Semenanjung Gaza termasuk di Tel Aviv.
Ia memaklumkan tentera Israel sudah melancarkan serangan ke Gaza dan menjangkakan serangan itu akan berterusan.
Serangan Israel ke atas Gaza yang diberi nama Operation Protective Edge masuk hari ketiga pada Khamis dan telah membunuh lebih 70 orang.
Serangan roket Hamas ke Israel bagaimanapun kebanyakannya ditangkis oleh sistem pertahanan canggih rejim Zionis itu.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berdegil akan meneruskan tindakan ketenteraan lebih keras termasuk menggerakkan serangan darat.
Pentadbirannya telah mengerahkan ribuan sukarelawan tentera simpanan bersiap sedia biarpun suara antarabangsa yang mendesak gencatan senjata semakin kedengaran lantang.
Ini adalah keganasan Israel yang terburuk ke atas Gaza sejak 2012.
AFP
Thu Jul 10 2014
Agensi itu akan membatalkan semua kunjungan ke Israel sehingga hujung bulan ini.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
UNRWA seru masa depan adil, bermaruah untuk rakyat Gaza
Ini termasuk hak pendidikan untuk 600,000 kanak-kanak Gaza yang terpaksa berhenti sekolah.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Qatar sambung usaha pengantaraan gencatan senjata Gaza selepas jeda sebulan
Sheikh Mohammed menegaskan, keputusan Qatar kembali ke meja rundingan didorong oleh momentum baharu, terutamanya selepas pemilihan Presiden AS.
Penduduk Gaza hampir tidak dikenali akibat luka terbakar
Keadaan bertambah buruk apabila rawatan diperlukan mangsa juga tidak dapat diberikan akibat kesesakan di hospital dan fasiliti kesihatan.
Koridor kemanusiaan di Gaza perlu dibuka segera
Pembukaan semula koridor pemindahan adalah penting bagi membolehkan pihaknya menyediakan rawatan penting.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Trump mahu gencatan senjata Gaza dilaksana sebelum mulakan tugas - PM Qatar
Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thanipada Rabu menyatakan bahawa Trump mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum majlis pelantikannya.
Amnesty International tuduh Israel lakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza
Amnesty International pada Khamis menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.