RIGA: Ahli-ahli politik yang telah dipilih oleh pengundi untuk menjalankan tugas mereka di Latvia tidak dibenarkan berkhidmat dan menerima gaji jika mereka belum mendapat vaksin COVID-19 atau pulih daripada jangkitan virus itu mulai Isnin ini.
Peraturan baharu itu juga dikuatkuasakan ke atas dua ahli Parlimen yang enggan divaksin di negara tersebut.
Para majikan di Latvia turut dibenarkan untuk membuang para pekerja yang tidak mahu divaksin di bawah peraturan baharu bagi membendung penularan COVID-19 di negara itu.
Penduduk yang belum divaksinasi juga tidak dibenarkan untuk pergi ke pusat-pusat beli-belah yang mempunyai keluasan lebih 1,500 meter persegi.
Pengawal keselamatan di pusat beli-belah akan memeriksa pelanggan-pelanggan sama ada mereka sudah menerima vaksin COVID-19 sebelum mereka dibenarkan masuk.
Dalam pada itu, para pekerja yang masih belum menerima suntikan vaksin tidak akan menerima gaji selama tiga bulan dan jika masih tidak mahu mendapatkan vaksin COVID-19, para majikan dibenarkan untuk membuang mereka dan diberikan pampasan selama satu bulan gaji.
Kerajaan juga menyatakan bahawa ia akan menamatkan perintah berkurung yang dilaksanakan ke atas penduduk antara jam 8 malam sehingga 6 pagi waktu tempatan di negara berkenaan. -Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 16 2021
Para majikan di Latvia turut dibenarkan untuk membuang para pekerja yang tidak mahu divaksin di bawah peraturan baharu bagi membendung penularan COVID-19 di negara itu. -Gambar hiasan
[LAPOR LANGSUNG] Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ahli Parlimen enggan divaksinasi tidak akan terima gaji
Para majikan di Latvia turut dibenarkan untuk membuang para pekerja yang tidak mahu divaksin di bawah peraturan baharu bagi membendung penularan COVID-19 di negara itu.
MSN tolak permohonan Syakilla berlatih di Latvia
Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil keputusan berani menolak permohonan Syakilla Salni Jefry Krishnan berlatih di Latvia.
Tinggal di bandar mungkin boleh jadi faktor anda mati awal
30% daripada populasi dunia ketika ini berhadapan dengan gabungan ancaman suhu dan kelembapan yang boleh boleh mengurangkan jangka hayat manusia sebanyak sekurang-kurangnya 20 hari setiap tahun.
Bosnia sasar menang keatas Latvia
Bosnia kini mensasarkan kemenangan, pada aksi Kumpulan G berdepan Latvia pada Jumaat untuk mengukuhkan laluan ke Brazil.