Sinar Harian
Wed Aug 29 2018
Kaki Foss turut terkena tembakan ketika dia menyertai protes bersama penduduk Palestin. Sinar Harian / Press TV
Kaki Foss turut terkena tembakan dalam ketika dia menyertai protes bersama penduduk Palestin. Sinar Harian / Press TV
Seorang aktivis warga Norway ditembak sebanyak dua kali oleh tentera Israel di Tebing Barat ketika dia menyertai protes menentang rejim Tel Aviv.
Anggota Gerakan Solidariti Antarabangsa, Kristin Foss, turut cedera dalam kejadian di perkampungan Kafr Qaddum berhampiran Nablus, di mana penunjuk perasaan Palestin membantah penutupan laluan utama ke kampung jiran selama tujuh tahun.
Foss, 43 tahun, ditembak dengan peluru getah pada 18 Ogos lalu ketika dia membantu seorang lelaki warga emas, dan kali kedua ketika wanita itu melarikan diri daripada gas pemedih mata dilepaskan rejim Zionis untuk menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan tersebut.
"Saya masih tidak percaya ditembak ketika saya mengangkat tangan dan jelas tidak mencetuskan sebarang ancaman.
"Saya ada rakaman video untuk membuktikan perkara itu," katanya ketika diwawancara menerusi Skype, pada Isnin.
Jelasnya, ribuan penduduk Palestin telah ditembak menggunakan peluru hidup dan getah ketika mereka menuntut hak asasi masing-masing.
"Kes saya mendapat perhatian media, namun nasib mereka tidak dihiraukan," ujarnya lagi. - Agensi
Malaysia seru peralihan kuasa secara aman di Syria - Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana langgar syarat bon parti
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aktivis pro-Palestin di New York desak gencatan senjata
Kesemua mereka melaungkan slogan pro-Palestin, sambil menuntut agar gencatan senjata dilaksanakan susulan peperangan yang berterusan di Gaza.
Ahli Kongres AS kecam kurang kebertanggungjawaban terhadap pembunuhan aktivis di Tebing Barat
Aysenur Ezgi Eygi dibunuh tentera Israel pada 6 Sept semasa menyertai protes aman terhadap penempatan haram Israel berhampiran Nablus di Tebing Barat yang diduduki.
Aktivis berusaha tamatkan pembiayaan awam penternakan "kejam" sotong kurita
Sotong kurita dikatakan tertakluk kepada penternakan yang "kejam dan tidak mampan", menurut Compassion in World Farming (CIWF).
India digesa hentikan eksport senjata ke Israel
Kumpulan masyarakat sivil mendakwa beberapa syarikat tempatan diberi permit untuk mengeksport senjata, dron dan bahan letupan ke Israel.
14 aktivis Hong Kong disabitkan kesalahan bawah undang-undang keselamatan negara
Empat belas tokoh pembangkang Hong Kong pada Khamis telah disabitkan kesalahan di bawah undang-undang keselamatan negara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan South China Morning Post.
20 aktivis sertai misi bebaskan Palestin
Misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dijangka berlepas dari Istanbul, Turkiye pada hujung bulan ini.
Aktivis alam sekitar halang lalu lintas sekitar Berlin
Pada pagi Isnin, polis melaporkan lalu lintas semasa waktu puncak terganggu di 21 lokasi berbeza, dan perkhidmatan bas turut terkesan.
Tahanan mogok lapar di Thailand digegas ke hospital akibat masalah kesihatan
Dia digegaskan ke hospital pada hari ke-16 melakukan aksi protes, selepas mengetahui dia ditahan tanpa boleh diikat jamin.
Aktivis berbaju penguin protes penggunaan jet peribadi di pulau percutian
Seramai 15 orang terlibat dalam bantahan itu, dengan sebahagian daripada mereka masuk ke premis lapangan terbang.
Suami Natalie Portman curang dengan aktivis usia 25 tahun
Rumah tangga aktres berprolifik dan cantik, Natalie Portman dengan suaminya, Benjamin Millepied sedang dilanda badai.