BANGKOK: Memiliki kira-kira setengah juta pengikut di Instagram, dan menjalani gaya hidup penuh glamor, sosok wanita muda ini dikenali sebagai ‘puteri kecil’ dalam keluarga bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Shinawatra - salah satu nama dan figura berpengaruh seiring kontroversi – meninggalkan rekod tersendiri dalam sejarah moden Negara Gajah Putih itu.
Kini, tiba pula giliran Paetongtarn Shinawatra, 35, anak bongsu daripada tiga beradik keluarga taikun bilionair tersebut, memberanikan diri melangkah ke arena politik Thailand yang kini berpecah-belah, menjelang pilihan raya umum pada Mac 2023.
AFP melaporkan, langkah itu membawa pengaruh Shinawatra kepada generasi baharu sekali gus membuka semula pertaruhan penglibatan keluarga ultra kaya itu dalam persaingan elit dengan golongan penyokong tegar istana dan tentera.
Buat masa ini, Paetongtarn memainkan peranan sederhana bersama parti pembangkang Pheu Thai, namun namanya disebut-sebut sebagai calon perdana menteri apabila pilihan raya diumumkan.
Thaksin, 72, telah digulingkan dalam gerakan tentera pada tahun 2006, dan hanya muncul sesekali dalam hantaran media sosial Paetongtarn, seperti mendukung cucunya atau bergambar semasa menikmati makanan.
Paetongtarn berkata, dia memperoleh kekuatan daripada sokongan kuat bapanya, dan sentimen itu mendapat perhatian daripada ratusan ribu pengikut mereka.
Kebanyakan penyokong mereka adalah daripada golongan miskin dan rakyat luar bandar, yang telah menjulang nama Thaksin dalam kemenangan pilihan raya tahun 2001 dan 2005.
Bagaimanapun, kemunculan Paetongtarn juga mencetus 'dendam' golongan elit royalist dan tentera terhadap keluarga itu, kerana telah lama mengesyaki Thaksin memanipulasi kekuatan parti pembangkang walaupun kini berada di luar negara.
Parti politik yang ada kaitan dengan taikun itu memenangi banyak kerusi setiap kali pilihan raya umum dijalankan sejak 2001, namun sering berdepan halangan seperti rampasan kuasa tentera atau dikekang kes mahkamah.
Thaksin, bekas pemilik Manchester City yang juga membangunkan empayar telekom dengan nilai kekayaan hampir AS$1.9 bilion, kini tinggal di Dubai untuk mengelak daripada dakwaan rasuah yang dikenakan ke atasnya.
Kakaknya, Yingluck pernah dilantik sebagai perdana menteri pada 2011, namn akhirnya diganti dengan Jeneral Prayut Chan-o-cha pada 2014 apabila kuasa militari mengambil alih tampuk pemerintahan.
Agensi
Mon Jun 13 2022
Paetongtarn memainkan peranan sederhana bersama parti pembangkang Pheu Thai, namun namanya disebut-sebut sebagai calon perdana menteri apabila pilihan raya diumumkan. - Instagram @ingshin21
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Anak bongsu Thaksin sertai politik, cuba bawa imej dan 'jenama' baharu Shinawatra
Shinawatra, salah satu nama dan figura berpengaruh seiring kontroversi, meninggalkan rekod tersendiri dalam sejarah moden Thailand
Yingluck Shinawatra didakwa atas kes rasuah subsidi beras
Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra hari ini didakwa atas tuduhan rasuah berhubung skim subsidi beras.