Anak memerang Star Wars dipertontonkan kepada umum

Agensi
Januari 26, 2019 00:54 MYT
Memerang kecil Asia yang dinamakan sempena watak-watak dalam filem Star Wars. (Foto AP)
Zoo Bandar Kansas telah mempamerkan memerang terbaru mereka - Han, Luke dan Leia.
Kesemuanya dinamakan sempena watak utama dalam filem Star Wars.
Memerang kecil Asia yang dilahirkan Oktober lalu itu telah dibesarkan ibu dan bapa mereka yang menjaga mereka sehingga mampu belajar berenang.
Biasanya, memerang dilahirkan tanpa mengetahui bagaimana cara untuk berenang sehingga ibu dan ayah mengajar mereka.
Menurut penjaga zoo berkenaan, pihak zoo telah menambah kedalaman kolam bagi membolehkan memerang berkenaan belajar berenang serta membina keyakinan diri.
#anak #Asia #filem #memerang #Star Wars