MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada Sabtu mengumumkan bakal bersara daripada politik selepas tamat penggal pentadbirannya, sekali gus berundur daripada perancangan awalnya untuk bertanding sebagai Naib Presiden pada pilihan raya tahun depan.
Bagaimanapun, berita terbaharu yang berlegar pada Ahad pula menyaksikan, meskipun Duterte bersara namun anak perempuannya, Sara Duterte-Carpio pula disebut-sebut bakal bertanding jawatan Presiden Filipina tahun hadapan.
Menurut laporan Reuters, Sara Duterte-Carpio dilaporkan akan mencalonkan diri sebagai presiden pada pilihan raya tahun depan dan pembantu lama ayahnya, Senator Christopher Go mencalonkan diri sebagai naib presiden..
Sara Duterte-Carpio kini yang merupakan Datuk Bandar Davao - bandar ketiga terbesar di Filipina - baru sahaja dicalonkan sekali lagi untuk jawatan tersebut pada Sabtu.
BACA: Duterte umum bersara daripada politik
Sebelum ini, Sara Duterte-Carpio pernah dilaporkan berkata, tidak akan mencalonkan dirinya untuk jawatan di peringkat nasional namun berdasarkan perkembangan terbaharu ini, mungkin sebaliknya akan berlaku.
Berdasarkan wawancara ABS-CBN bersama Duterte baru-baru ini, Duterte ditanya:
“Jadi jelas, Sara - Go? (Sara merujuk kepada Duterte-Carpio dan Go pula adalah pembantu Duterte sebelum ini, Christopher Bong Go)
“Ia Sara-Go,” jawab Duterte selepas ditanya soalan tersebut.
Dalam wawancara sama, Duterte ditanya bilakah anak perempuannya akan mengemukakan pencalonan sebagai presiden, beliau berkata: “Saya benar-benar tidak tahu. Saya sama sekali tidak mempunyai idea.”
Ditanya adakah beliau telah memberi izin kepada anaknya untuk mencalonkan diri sebagai presiden, dia berkata: “Ah, tidak, sebenarnya kami tidak membicarakan soal politik, sejak dulu tidak pernah membicarakan soal politik.”
Duterte, 76, pada Sabtu yang berkata akan berundur daripada politik menyebabkan banyak spekulasi timbul, antaranya mendawak pengundurannya bagi membuka jalan untuk anaknya bertanding jawatan presiden.
Pemilihan Presiden Filipina pada tahun hadapan dijangka mendapat tumpuan selepas beberapa nama besar termasuk bintang tinju dunia, Manny Pacquiao.
Bahkan, bintang filem yang juga Datuk Bandar Manila, Isko Moreno, mengumumkan akan bertanding merebut jawatan tertinggi kerajaan itu dalam pilihan raya tahun depan.
Agensi
Sun Oct 03 2021
Sara Duterte-Carpio dilaporkan akan mencalonkan diri sebagai Presiden Filipina pada pilihan raya tahun depan manakala bapanya, Rodrigo Duterte mengumumkan bakal bersara dari gelanggang politik. - Gambar REUTERS
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Gempa bumi sederhana dikesan di Filipina
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindanao, Filipina pada 11.34 pagi ini.
China gesa Filipina henti pencabulan, provokasi di Laut China Selatan
Tentera Filipina pada Sabtu dakwa kapal pengawal pantai China menggunakan meriam air terhadap kapal bekalan Filipina di Laut China Selatan.
Menteri Luar India akan lawat Singapura, Filipina dan Malaysia
Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar akan melakukan lawatan rasmi ke Singapura, Filipina dan Malaysia dari 23 hingga 27 Mac ini.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Skandal jualan beras: Filipina gantung tugas lebih 130 pegawai
Arahan itu akan berkuat kuasa pada Isnin sementara siasatan dijalankan untuk menentukan kebenaran dakwaan berkenaan
Rantau ASEAN dilanda 36 bencana, Indonesia dan Filipina paling terjejas teruk
Rantau ASEAN mengalami 36 bencana sepanjang minggu lepas, termasuk banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin, terutama di Indonesia, Filipina dan Malaysia.
Ekonomi Filipina paling pesat di Asia Tenggara, pinggirkan Malaysia, Vietnam
Filipina mengatasi Vietnam dan Malaysia untuk menjadi ekonomi yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara pada 2023, dengan pertumbuhan dipacu kepenggunaan, perkhidmatan dan pelaburan.
MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Jelawat
MetMalaysia mengeluarkan nasihat ribut tropika Jelawat yang bergerak ke arah barat kira-kira 396 kilometer (km) timur laut Davao, Filipina.
Rakyat Malaysia diculik sebelum dibunuh di Filipina - Bukit Aman
Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Manila, Filipina telah diculik sebelum dibunuh oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali pada 22 Okt lepas.
Gempa bumi kuat 6.4 magnitud landa Mindanao
Gempa dengan kedalaman 81 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 76km utara dari Bislig, Filipina.