ANKARA: Serbuan polis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki satu tindakan yang "tidak boleh diterima" sama sekali, kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Rabu.
Beliau turut menggesa Israel untuk menghentikan tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan.
"Pencerobohan dan ancaman terhadap kesucian dan kepentingan sejarah Masjid Al-Aqsa serta kebebasan beragama dan hidup rakyat Palestin mesti dihentikan," kata Erdogan dalam wawancara televisyen, lapor Agensi Anadolu.
Kenyataannya itu dibuat berikutan ketegangan yang semakin memuncak selepas polis Israel menahan kira-kira 350 jemaah di kompleks Masjid Al-Aqsa.
"Kami akan terus berdiri teguh di sisi saudara Palestin kami dalam apa jua keadaan dan untuk melindungi nilai-nilai suci kami. Israel juga harus sedar perkara ini," katanya.
Sementara itu, Anadolu melaporkan bahawa Kementerian Luar Rusia turut menyuarakan kebimbangan dengan situasi di Masjid Al-Aqsa dan menyifatkan apa yang berlaku di Baitulmaqdis umpama "memusuhi semua agama di dunia."
Moscow turut menggesa Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres untuk memberi perhatian yang teliti kepada penempatan Israel-Palestin, menggesa untuk mencari punca kepada tercetusnya keganasan baharu di Palestin dan merangka cadangan bagi memulihkan kestabilan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023
ERDOGAN: Pencerobohan dan ancaman terhadap kesucian dan kepentingan sejarah Masjid Al-Aqsa serta kebebasan beragama dan hidup rakyat Palestin mesti dihentikan. -Gambar fail/AP
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Jordan selar peneroka Israel “serbu” pekarangan Masjid Al-Aqsa
Serbuan itu merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa, status quo sejarah dan undang-undang di Baitulmaqdis.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Negara Arab kutuk pencerobohan Israel di Masjid Al-Aqsa
Jordan mengecam pencerobohan peneroka itu sebagai "pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa dan status sejarah dan undang-undang Baitulmaqdis."
Lebih 60,000 rakyat Palestin tunai solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa
Lebih 60,000 rakyat Palestin menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki pada Rabu.
Rejim zionis lepas bom pemedih mata, pukul jemaah di Masjid Al-Aqsa dengan cota
Saksi berkata serangan dron tersebut bagi memaksa jemaah meninggalkan pekarangan Masjid Al-Aqsa.
AS gesa Israel benarkan umat Islam beribadat di Al-Aqsa di bulan Ramadan
Kebenaran itu bukan hanya soal memberi orang kebebasan beragama kepada yang layak dan ada hak, bahkan ia juga penting untuk keselamatan Israel.
Polis Israel tutup Masjid Al-Aqsa kepada jemaah Islam
Polis Israel pada Selasa menutup Masjid Al-Aqsa dan menghalang jemaah Islam daripada memasukinya.
#QuranHour For Gaza bukti kebersamaan umat Islam - Shaykh Rami
Katanya, sudah menjadi satu kemestian untuk umat Islam bersama-sama melindungi Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama.
Hamas seru rakyat Palestin berhimpun di Al-Aqsa, lakukan protes serangan Israel ke atas Gaza
Hamas gesa rakyat Palestin bertahan di pekarangan Masjid Al-Aqsa sepanjang hari ini dengan umat Islam menunaikan solat Jumaat.
Malaysia kutuk serangan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa
Serangan itu adalah tindakan provokasi yang disengajakan dan pencabulan terang-terangan terhadap kesucian masjid.