PENULIS JK Rowling dilaporkan menerima ugutan bunuh kerana satu ciapan yang mengutuk serangan ke atas Salman Rushdie pada Jumaat.
Rowling, 57, berkongsi tangkapan skrin mesej ancaman itu ke Twitter.
Pengarang Harry Potter itu sebelum ini mengecam insiden yang melibatkan Rushdie dengan satu ciapan dan berharap penulis novel itu akan kembali pulih.
Namun seorang pengguna kemudiannya meninggalkan komen berbunyi: "Jangan risau. Anda (yang) seterusnya."
Pemilik akaun Twitter yang mengeluarkan ugutan bunuh itu juga memuji Hadi Matar, lelaki dari New Jersey yang menikam Rusdhie dalam satu acara di barat New York pada Jumaat.
Rushdie dilapor menunjukkan tindak balas positif apabila tidak lagi bergantung kepada mesin ventilator dan mungkin sudah boleh bercakap.
Matar ketika dihadapkan ke mahkamah bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan menikam penulis kontroversi itu sebanyak 10 kali.
Insiden itu dikutuk penulis dan ahli politik di seluruh dunia yang menyifatkan ia serangan ke atas kebebasan bersuara.
Agensi
Sun Aug 14 2022
Pengarang Harry Potter itu sebelum ini mengecam insiden yang melibatkan Rushdie dengan satu ciapan. - AP
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
'Kafe Harry Potter' akan dibuka semula
Kafe Elephant House satu daripada beberapa hartanah yang rosak teruk dalam kebakaran di Jambatan George IV di Edinburgh pada Ogos 2021.
Expecto Patronum! - Kuiz ulang tahun ke-20 filem Harry Potter ditayang akhir tahun ini
Ia turut menampilkan segmen khas dipanggil "permainan bersama" di mana peminat boleh mengambil bahagian dengan berpakaian mengikut tema di rumah masing-masing.
Banteras ilmu sihir, novel Harry Potter antara yang dibakar paderi Poland
Dalam upacara tersebut, sebakul buku-buku yang dikatakan menyebarkan ilmu sihir dibawa keluar dari gereja untuk dibakar dan salah satunya merupakan novel Harry Potter.
JK Rowling dikritik tuduh Trump abai budak berkerusi roda
J.K. Rowling dikecam kerana mendakwa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengabaikan seorang kanak-kanak berkerusi roda yang cuba bersalam dengan beliau.
Harry Potter The Cursed Child bakal ke pentas teater
JK Rowling mengesahkan The Cursed Child akan temui peminat tahun hadapan.