Angelina Jolie lawat kanak-kanak Ukraine di hospital Rom

Bernama
April 1, 2022 02:50 MYT
Angelina Jolie berkata sungguh mengerikan apabila melihat kanak-kanak terpaksa menanggungnya kesan akibat perang. - Foto fail/ AP
ROM: Pelakon Hollywood dan aktivis hak asasi manusia Angelina Jolie melawat kanak-kanak Ukraine di Hospital Bambino Gesu di Rom pada Rabu, lapor Agensi Berita Itali (ANSA) pada Khamis.
"Saya berdoa agar perang segera tamat. Itulah satu-satunya cara untuk menghentikan penderitaan dan melarikan diri dari kawasan konflik. Sungguh mengerikan apabila melihat kanak-kanak terpaksa menanggungnya, kehilangan nyawa, kesihatan terjejas dan mengalami trauma," katanya.
Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNHCR pada Rabu berkata empat juta rakyat Ukraine kini terpaksa meninggalkan negara itu selepas pencerobohan Rusia.
-- BERNAMA
#krisis Rusia-Ukraine #Angelina Jolie #kanak-kanak Ukraine #Hospital