MANILA:Seorang pegawai polis ditangkap dan didakwa atas pembunuhan dua beranak di bandar Tarlac, Filipina.
Sarjan Jonel Nuezca menembak mati jiran Sonya Gregario, 52, dan anaknya Frank, 25, susulan perbalahan pada Ahad.
Kejadian tercetus apabila Frank didakwa membuat bising dengan meletupkan meriam paip PVC buatan sendiri.
Jonel yang marah dengan bunyi bising itu datang bersemuka dengan Frank untuk membawanya ke balai polis, namun dihalang Sonya yang bertindak memeluk anaknya.
Pertengkaran kemudiannya beralih kepada isu pemilikan tanah yang telah lama berterusan di antara kedua keluarga tersebut.
Namun tidak semena-mena, Jonel melepaskan tembakan dari jarak dekat ke kepala kedua-dua mangsa dan menembak sekali lagi setelah mangsa rebah terbaring di tanah.
Selain jiran, kejadian turut disaksikan anak perempuan suspek yang berada di situ.
Insiden ngeri itu sempat dirakam dan mulai tular di media sosial sejak semalam.
Saksi kejadian turut mendakwa Jonel dan seorang lagi lelaki tidak dikenal pasti telah membelasah Frank sebelum rakaman dibuat.
Saksi juga mendakwa, selepas menembak dua beranak itu, Jonel membawa pulang anak perempuannya seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Jonel dilapor menyerah diri pada Ahad.
Ketua Polis Filipina Debold Sinas memberitahu media bahawa Jonel telahpun berdepan lima pertuduhan pentadbiran, termasuk dua kerana membunuh, namun kedua-duanya diketepikan kerana kekurangan bukti.
Sejak video itu tersebar, pelbagai hashtag mulai tular di media sosial mendesak keadilan buat Sonya dan Frank.
Insiden pembunuhan itu juga telah menimbulkan kemarahan masyarakat yang mendesak reformasi dalam institusi polis negara itu.
BACA: #JusticeforSonyaGregorio: Netizen gesa reformasi polis susulan insiden tembak jiran
Astro Awani
Mon Dec 21 2020
Sarjan Jonel Nuezca menembak mati jiran Sonya Gregario, 52, dan anaknya Frank, 25, susulan perbalahan kerana bising. - Facebook @CNN Philippines
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Anggota polis ditahan selepas tembak mati jiran dua beranak kerana bising
Jonel melepaskan tembakan dari jarak dekat ke kepala kedua-dua mangsa dan menembak sekali lagi setelah mangsa rebah terbaring di tanah.