KABUL: Anggota Taliban telah diberi amaran agar menghentikan tabiat berswafoto dan bersuka ria, lapor The Wall Street Journal.
Menteri Pertahanan Afghanistan, Mullah Mohammad Yaqoob berkata, tindakan itu mencemar nama dan kedudukan mereka.
"Jalankan tugas yang telah ditetapkan. Anda merosakkan status yang telah dibina dengan darah para syuhada," kata Mullah seperti yang dilaporkan WSJ.
Mullah menegaskan tindakan mengambil gambar 'selfie' atau berswafoto boleh menjejaskan keselamatan pegawai Taliban kerana apabila ia dimuat naik media sosial, ia secara langsung memberikan lokasi dan kegiatan kepimpinan kumpulan itu.
Beliau juga mengkritik tindakan beberapa anggota kerana memasuki pejabat kerajaan tanpa urusan.
"Perbuatan itu sangat menjelikkan, semua orang mengeluarkan telefon bimbit dan mengambil gambar di kementerian penting tanpa sebarang sebab," tambahnya.
WSJ melaporkan Mullah juga akan menghukum anggota Taliban yang memandu melebihi had kelajuan dan berpakaian seperti gaya orang barat.
"Sekiranya kita terus bertindak seperti ini tanpa kawalan, kita akan kehilangan sistem Islam kita, " katanya.
Agensi
Tue Sep 28 2021
Tindakan itu didakwa akan mencemarkan status mereka. - Foto AP Newsroom
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
Taliban pamer senjata dalam muzium
Bahagian kecil muzium telah diletakkan pelbagai objek perang yang kini menjadi tarikan pengunjung paling ramai.
Nahas pesawat Rusia: 4 daripada 6 penumpang ditemukan selamat - Taliban
Seramai empat daripada enam penumpang ditemukan masih hidup selepas sebuah pesawat Rusia terhempas di wilayah Badakhshan di Afghanistan.
Kazakhstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi diharamkan
Taliban yang berdepansekatan PBB kerana keganasan tidak lagi dianggap sebagai organisasi yang diharamkan di Kazakhstan.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
PBB desak Taliban berhenti seksa, lindungi hak tahanan
Misi diplomatik PBB di Afghanistan telah mendokumentasikan lebih daripada 1,600 kes pencabulan hak asasi manusia semasa penangkapan dan penahanan individu selepas itu.
Taliban larang kaum wanita kunjungi taman negara Afghanistan
"Bersiar-siar bukanlah keperluan untuk kaum wanita," kata Menteri Hal Ehwal Kebajikan.
Afghanistan dipimpin Taliban mula ekstrak minyak
Keutamaan akan diberikan bagi menggaji kakitangan teknikal dan bukan teknikal dan pembinaan semula lombong menggunakan hasil Sar-e-Pul.
Taliban larang operasi salun kecantikan di Afghanistan
Taliban larang operasi salun kecantikan di negara itu dan menarik balik lesen yang dikeluarkan sebelum ini.