Angka jangkitan di AS boleh capai 100,000, penjarakan sosial dilanjut hingga 30 April

Astro Awani
Mac 30, 2020 02:25 MYT
Donald Trump melanjutkan tempoh penjarakan sosial di negara itu hingga 30 April ini. -Gambar fail/Reuters
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump melanjutkan tempoh penjarakan sosial di negara itu hingga 30 April ini.
Langkah itu dibuat selepas beliau buat pertama kalinya pada Ahad mengakui angka jangkitan koronavirus di AS mungkin mencecah 100,000 atau lebih.
Menurutnya, jika angka kematian di negara itu berada pada paras 100,000 atau ke bawah, "kita semua telah lakukan yang terbaik."
Pengumuman Trump itu susulan pandangan pakar penyakit berjangkit Dr Anthony Fauci pada Ahad dalam program "State of the Union" di siaran berita CNN bahawa 100,000 atau lebih rakyat AS mungkin menjadi korban jangkitan virus itu.
Angka jangkitan COVID-19 di AS setakat ini mencapai jumlah 142,070 dengan jumlah kematian sebanyak 2,484.
#100000 mungkin dijangkiti #angka jangkitan koronavirus #angka kematian #Donald Trump #penjarakan sosial