ANKARA: Angka korban akibat COVID-19 di dunia sudah melebihi lima juta dalam tempoh kurang dua tahun, menurut Johns Hopkins University pada Isnin.
Data dari pusat pengajian yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu menunjukkan lebih 246.7 juta orang telah dijangkiti virus yang muncul di China pada Disember 2019, dan sejak itu ia merebak ke setiap pelosok dunia, menurut Agensi Anadolu.
Dengan hampir 46 juta jangkitan dan lebih 745,800 kematian, AS kekal negara yang mencatatkan jumlah jangkitan dan kematian tertinggi. Diikuti India dengan 34.2 juta dan Brazil sebanyak 21.8 juta jangkitan.
Dari segi korban berkaitan COVID-19 pula, Brazil di kedudukan kedua selepas AS dengan 607,824 kematian, manakala India mencatat kematian ketiga tertinggi dengan 458,437.
Sementara itu, Mexico kekal antara negara dengan jumlah korban yang tinggi akibat pandemik itu, dengan 288,365 kematian dilaporkan setakat ini, katanya.
Sepanjang bulan lepas, Rusia terus mencatatkan rekod tertinggi kematian harian COVID-19, manakala lebih 50 juta orang telah lengkap divaksinasi di negara itu, menurut pihak berkuasa kesihatan.
Data Johns Hopkins juga menunjukkan lebih 6.94 bilion dos vaksin telah diberikan setakat ini. Vaksin mRNA menunjukkan keberkesanan yang luar biasa dalam memerangi jangkitan. Namun, kemunculan varian baharu di seluruh dunia menimbulkan kebimbangan saintis mengenai sama ada vaksin akan kekal berkesan dalam memerangi mutasi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 01 2021
Seorang petugas mengambil sampel swab untuk ujian saringan PCR COVID-19 di Universiti King Abdulaziz, Jeddah, Arab Saudi, 3 Feb, 2021. (Foto AP)
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
HRD Corp jalin kerjasama strategik dengan Johns Hopkins University
Kerjasama tersebut merangkumi penyediaan program latihan kemahiran khususnya dalam bidang teknologi tinggi dan terbaharu seperti kecerdasan buatan (AI), dan teknologi 5G.
COVID-19: Pertambahan lebih 500,000 kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Ini menjadikan jumlah kes positif yang direkodkan melepasi angka 504 juta kes.
COVID-19: Pertambahan 1.58 juta kes baharu dikesan di seluruh dunia
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
COVID-19: Pertambahan 1.82 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
COVID-19 global: Pertambahan 1.37 juta kes baharu dalam sehari
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
COVID-19: Pertambahan 1.47 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes positif COVID-19.
COVID-19 global: Pertambahan 2.48 juta kes baharu dalam sehari
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
COVID-19: Lebih 2.23 juta kes baharu dikesan di seluruh dunia
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
COVID-19: Pertambahan 1.85 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes positif.
COVID-19: Pertambahan 1.21 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.