Koronavirus: Angka kematian meningkat 17, perintah kuarantin di Wuhan

Nailah Huda
Januari 22, 2020 21:49 MYT
Orang ramai yang berada di sebuah stesen kereta api laju di Hong Kong memakai topeng bagi mengelak penyebaran jangkitan koronavirus, 22 Jan, 2020. (Foto AP)
CHINA mencatat 17 angka kematian akibat wabak penyakit misteri koronavirus manakala lebih 540 lagi kes jangkitan turut disahkan di negara itu.
Susulan itu, pihak berkuasa China mengenakan perintah kuarantin di Wuhan dan menggantung sementara semua perkhidmatan pengangkutan awam.
Penduduk Wuhan yang seramai 11 juta itu tidak dibenarkan keluar atau meninggalkan daerah itu buat sementara waktu bagi membendung penularan virus tersebut, terutamanya pada musim perayaan ini.
Pengangkutan awam termasuk bas, kereta api, subway dan feri digantung perkhidmatan mulai pukul 10 pagi Khamis waktu tempatan, menurut media rasmi kerajaan.

No people in #Wuhan, C China's Hubei will be allowed to leave the city starting 10 a.m. of Jan. 23. Train stations and airport will shut down; the city bus, subway, ferry and long-distance shuttle bus will also be temporarily closed: local authority #WuhanPneumonia #coronavirus pic.twitter.com/8pohJ4Uixo

— People's Daily, China (@PDChina) January 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Macau kesan kes pertama koronavirus Wuhan
BACA: Virus Wuhan pertama dikesan di Amerika Syarikat
Angka kematian terbaharu di wilayah Hubei itu hampir dua kali ganda angka yang dijangkakan pada awal penularan wabak tersebut.
Pada Rabu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengumumkan seramai sembilan terkorban akibat koronavirus, yang menjangkiti melalui saluran pernafasan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu menangguhkan keputusan mereka sehingga Khamis bagi menentukan sama ada penularan wabak itu satu situasi "kecemasan kesihatan awam antarabangsa".
BACA: Virus Wuhan: Singapura tingkatkan langkah berjaga-jaga
BACA: Thailand umum kes 'pneumonia Wuhan' pertama di luar China
Menurut jawatankuasa kecemasan WHO, mereka masih tidak mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membuat keputusan tersebut.
Namun kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, beberapa wakil anggota WHO dikerahkan ke China sedang mengumpul maklumat dan mereka dijangka dapat membuat kenyataan pada Khamis.
#China #coronavirus #Hubei #jangkitan #kecemasan #kematian #kesihatan awam #koronavirus #pengangkutan awam #penyakit #saluran pernafasan #Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China #WHO #Wuhan