Angka korban COVID-19 di AS melepasi 700,000

Bernama
Oktober 2, 2021 04:56 MYT
Penyelidik di Universiti Washington meramalkan 100,000 lagi nyawa rakyat Amerika akan menjadi korban pada musim sejuk akan datang. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Angka korban COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi 700,000, menurut data Universiti Johns Hopkins.
Sehingga 01:00 GMT pada Sabtu, data menunjukkan 700,258 orang Amerika maut dan lebih 43.61 juta telah dijangkiti, lapor Sputnik.
Wabak flu (selesema) Sepanyol dari tahun 1918 hingga 1919 telah mengorbankan kira-kira 675,000 orang di AS, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Penyelidik di Universiti Washington meramalkan 100,000 lagi nyawa rakyat Amerika akan menjadi korban pada musim sejuk akan datang.
-- BERNAMA
#angka korban #Amerika Syarikat #Universiti Johns Hopkins #COVID-19