AWAL bulan ini, seorang lelaki Inggeris mengejutkan media sosial dan menjadi bualan khalayak di Eropah apabila menunjukkan hasil tangkapannya dari sebuah tasik di Perancis.
Menurut laporan media tempatan, pemancing itu, Andy Hackett, telah ‘bertarung’ selama 25 minit di Tasik Bluewater untuk menaikkan seekor ikan emas yang seberat 30 kilogram.
Ikan emas yang dipercayai baka hibrid dengan ikan koi itu mendapat gelaran ‘The Carrot’ kerana warnanya yang jingga keemasan. Ia adalah ikan yang kedua terbesar pernah ditangkap di kawasan tasik dalam wilayah Champagne.
“Jika ikan biasa, susah untuk melihatnya di bawah permukaan air, tapi The Carrot ini sangat terang warnanya… anda tidak akan terlepas pandang.
“Ikan ini sangat diburu. Tidak ramai yang berjaya menangkapnya,” kata Hacket kepada BBC.
Tasik Bluewater sering menjadi pilihan pemancing kerana di kawasan itu, mereka berpeluang mendapat hasil tangkapan yang ‘besar’ iaitu ikan yang seberat sekitar 20 kilogram hinggalah kepada 40 kilogram seekor.
Namun, kewujudan The Carrot di Tasik Bluewater sebenarnya bukanlah satu misteri.
“Kami melepaskan The Carrot di tasik itu kira-kira 20 tahun lalu sebagai satu tarikan berbeza buat pemancing. Sejak itu, ia terus membesar dan jarang muncul.
“Ia bukanlah ikan yang terbesar di tasik itu, namun tidak dinafikan ia paling menyerlah," ujar Pengurus Jabatan Perikanan, Jason Cowler kepada media.
The Carrot telah ditimbang beratnya sebelum dilepaskan semula ke tasik itu. Namun, ia diberi rawatan sewajarnya terlebih dahulu bagi sebarang kecederaan. Difahamkan, itu bukan kali pertama ada pemancing yang berjaya 'menundukkan' The Carrot.
Ikan emas domestik secara purata memiliki berat kurang daripada setengah kilogram, namun spesies itu boleh terus membesar bergantung kepada persekitarannya.
Jika diberi ruang yang luas, diet yang mencukupi serta keadaan kualiti air yang terbaik, spesies ikan karp termasuk ikan emas dan koi, mempunyai potensi untuk terus membesar. Faktor itulah yang menjelaskan saiz The Carrot.
Selalunya, ikan emas yang besar tidak lagi disukai pemilik haiwan peliharaan. Memeliharanya di akuarium di rumah mungkin menjadi sesuatu hal yang sulit. Sebagai jalan mudah, ikan yang besar sebegitu akhirnya dilepaskan saja ke habitat liar.
Bagaimanapun, apa juga jenis haiwan peliharaan, termasuk ikan, jika dilepaskan secara sewenang-wenangnya boleh meninggalkan impak terhadap keseimbangan habitat semulajadi.
Agensi
Sun Nov 27 2022
Ikan emas yang merupakan spesies hibrid ikan koi ini mendapat gelaran The Carrot kerana warnanya yang jingga keemasan. - Facebook Bluewater Lakes
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Apa ada di tasik Perancis ini, hingga ikan emas boleh jadi 'gergasi'?
Ruang luas, diet mencukupi serta keadaan air ideal, menjadikan spesies ikan karp termasuk ikan emas dan koi, berpotensi untuk terus membesar.
Ikan emas 'gergasi' ditemui, pihak berkuasa beri amaran jangan lepas ikan peliharaan sembarangan
Ikan emas peliharaan boleh membesar dengan saiz luar biasa apabila dibebaskan ke habitat asal dan mengganggu ekosistem.
PGA rampas ikan hiasan, kura-kura albino di tepi Sungai Golok
Sepasukan anggota Strike Force PGA9 mengesan sebuah kereta jenis Nissan Latio dalam keadaan mencurigakan berdekatan pangkalan haram Hassan Merah, pada pukul 3.00 pagi.
Ikan emas 'kelainan upaya' dapat jaket keselamatan bantunya berenang
Ikan emas malang ini yang disahkan mengalami gangguan pundi kencing, sekaligus mempengaruhi daya apungannya.
Hebat! Ikan emas pun pandai main bola sepak
Rupa-rupanya mitos yang mengatakan seekor ikan emas hanya mempunyai memori selama tujuh saat itu tidak benar!
Abah-abah dicipta buat ikan emas, ibarat mengguna kerusi roda
Pereka fesyen cipta abah-abah (harness) pada ikan emas yang sukar untuk berenang bagi membolehkan ia terapung dan tidak tenggelam di dasar akuarium.