KUALA LUMPUR: Kerangka Kerja Pengaturan Koridor Perjalanan ASEAN (ATCAF) dijangka dilaksanakan secara berperingkat dalam masa terdekat bagi mempermudah perjalanan rentas sempadan dalam kalangan negara anggota.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata bagaimanapun, pelaksanaan ATCAF perlu mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengelakkan penularan COVID-19.
"Boleh dikatakan semua negara ASEAN bercakap mengenai keperluan untuk mengizinkan perjalanan antara negara anggota terutama yang berkongsi sempadan yang sama.
"Kami percaya ia akan dapat dilaksanakan tidak lama lagi, jika tidak melibatkan seluruh ASEAN, tetapi ia mungkin akan dilaksanakan dengan negara jiran ASEAN," katanya pada sidang media mengenai Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, di sini pada Khamis.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak maya tiga hari itu yang bermula pada Selasa, dipengerusikan Brunei.
Mengenai Myanmar, beliau berkata kumpulan serantau itu menghargai Myanmar sebagai keluarga ASEAN dan Malaysia mahu melihat pelaksanaan sepenuhnya Konsensus Lima Perkara secepat mungkin.
"Bagi Malaysia, pertama kami menghargai penyertaan Myanmar sebagai ahli penuh serta aktif dalam ASEAN. Kedua, keutamaan kami adalah melindungi rakyat Myanmar dan ia menjadi perkara utama dan terpenting dalam pemikiran kami.
"Ketiga, andai keadaan semasa berlarutan buntu dan tiada sebarang keputusan dapat dibuat, maka kami perlu memikirkan cara lain untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
"Kita harus faham iaitu, semua keputusan yang dibuat ASEAN mengenai Myanmar, keutamaannya adalah demi rakyat Myanmar," katanya.
Ditanya mengenai kedudukan Duta Khas ASEAN ke Myanmar, Erywan Mohd Yusof yang juga Menteri Luar II Brunei, ketika kerusi pengerusi ASEAN diserahkan kepada Kemboja pada 2022, beliau berkata, ia tidak dibincangkan pada sidang kemuncak ini dan beliau percaya blok serantau itu akan membincangkannya tidak lama lagi.
Mengulas mengenai beberapa perkara utama yang dibangkitkan Malaysia pada sidang kemuncak ini, Saifuddin berkata Malaysia menekankan keperluan untuk ASEAN terus bersatu bagi menghadapi banyak cabaran dan memastikan Pemusatan ASEAN kekal menjadi menjadi prinsip yang mencorakkan penglibatan dengan rakan kongsi luar.
Beliau berkata, perdana menteri sudah mengetengahkan beberapa isu utama termasuk pandemik COVID-19 dan Diplomasi Kesihatan, Perwakilan Myanmar dalam ASEAN dan situasi di negara itu termasuk Rohingya, ekonomi digital dan keselamatan siber serta perjanjian keselamatan tiga hala membabitkan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AUKUS) serta Laut China Selatan.
Mengenai pandemik, Saifuddin berkata perdana menteri menggesa ASEAN dan rakan dialognya untuk mempersiapkan kemungkinan berlaku darurat kesihatan awam dan kemunculan penyakit baru menerusi program perkongsian pengetahuan serta pembinaan kapastiti, termasuk memanfaatkan teknologi digital.
Oleh kerana impak pandemik menyaksikan semangat nasionalisme dan perseteruan geopolitik mencorakkan bentuk respons kerajaan dan pertubuhan antarabangsa, beliau berkata Malaysia menggesa pemimpin dunia untuk menyemak semula aturan antarabangsa sedia ada dan berharap hala tuju baharu dibentuk sebagai persediaan pandemik akan datang.
"Malaysia merasakan seni bina kesihatan global yang baharu perlu dibangunkan. Sudah terbukti bahawa pandemik mengukuhkan kes multilateralisme," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021
Saifuddin berkata, pelaksanaan ATCAF perlu mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengelakkan penularan COVID-19. - Gambar fail
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Rusia komited kepada ASEAN, tawarkan kepakaran dalam keterjaminan makanan
Rusia mengulangi komitmennya untuk memupuk hubungan yang berpanjangan dengan ASEAN, menjadikannya satu keutamaan utama dalam Konsep Dasar Luar Negaranya.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Anwar tarik pelabur Australia, ASEAN, kongsi persekitaran kondusif Malaysia
Anwar menegaskan kepentingan kestabilan politik, kejelasan dasar serta tadbir urus baik dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi pelaburan serta pertumbuhan ekonomi Malaysia.