SANTIAGO: Awan ungu misteri di langit sebuah bandar di Chile telah membingungkan penduduk tempatan dan pegawai negara itu baru-baru ini.

Ia berlaku di bandar Pozo Almonte, di utara negara tersebut dan fenomena itu sedang disiasat di Chile.

Awan itu dipercayai terdiri daripada wap iodin dan berada berhampiran dengan lombong Cala Cala yang dimiliki oleh sebuah syarikat.

Timbalan Ketua Wilayah Tarapaca, Christian Ibanez berkata, pihaknya sedang menjalankan pemeriksaan dan mendapati kejadian itu disebabkan oleh kegagalan motor pam pendesak.

Seorang pegawai alam sekitar, Emanuel Ibarra pula menyatakan kegagalan pam itu telah menyebabkan iodin di loji itu berubah daripada pepejal kepada keadaan gas. - Sinar Harian memetik laporan agensi