BERMULA Oktober, Thailand merancang untuk membuka semula Bangkok kepada pengunjung yang sudah menerima dos lengkap vaksin COVID-19.

Menurut pihak berkuasa, ia antara usaha yang diambil kerajaan untuk menyelamatkan industri pelancongan yang teruk terjejas akibat wabak itu.

Industri pelancongan merupakan antara penyumbang pendapatan Thailand namun sekatan perjalanan yang dikenakan memburukkan keadaan ekonomi.

Pihak berkuasa pelancongan Thailand memaklumkan, bermula 1 Oktober ini, pengembara asing yang sudah menerima dos lengkap COVID-19 dibenarkan melawat Bangkok dan empat daerah lain tanpa perlu dikuarantin selama dua minggu di hotel.

Selain itu, lima kawasan termasuk Wilayah Chiang Mai, Chon Buri, Phetchaburi dan Prachuap Khiri Khan dijangka mengikuti model sandbox, yang dilaksanakan di Phuket sejak Julai lalu.

Selain itu, 21 lagi destinasi akan ditambah dalam senarai termasuk Chiang Rai, Sukhothai dan gerbang percutian tepi laut popular, Rayong.