DHAKA: Bangladesh pada Isnin membatalkan program vaksinasi COVID-19 besar-besarannya berikutan kekurangan dos vaksin, lapor agensi Anadolu.
"Kami tidak meneruskan kempen vaksinasi mega akibat kekurangan dos vaksin. Oleh itu, istilah 'vaksinasi besar-besaran' tidak akan diguna pakai lagi," menurut kenyataan Menteri Kesihatan Zahid Maleque.
Maleque berkata pendaftaran vaksinasi masih dibuka namun ia bergantung kepada bekalan vaksin sedia ada kerana kami tidak mahu orang ramai beratur panjang di pusat vaksinasi.
Sehingga kini, lebih 35 juta penduduk telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin, sementara lebih 20 juta warga sudah menerima vaksin, katanya.
Kerajaan sebelum ini telah melancarkan kempen vaksinasi besar-besaran selama enam hari bermula 7 Ogos.
Pihak berkuasa menerima kritikan apabila orang ramai terpaksa beratur panjang menyebabkan garis panduan keselamatan COVID-19 di pusat vaksinasi seluruh negara gagal dipatuhi selain masalah kekurangan bekalan vaksin.
Pada 15 Ogos lalu, Maleque dilaporkan berkata program vaksinasi mega tidak dapat diteruskan akibat jumlah dos vaksin semakin berkurangan.
Menurut laporan, Bangladesh dijangka menerima bekalan tambahan enam juta dos vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 pada September, dan kerajaan telah menempah lebih 60 juta vaksin China sementara 60.8 juta dos di bawah kemudahan COVAX akan diperoleh.
"Tiada lagi krisis kekurangan vaksin selepas ini dan sekitar 70 hingga 80 juta rakyat akan mendapat akses kepada vaksin pada Januari dan Februari 2022," katanya.
Bangladesh pada Isnin melaporkan 117 kematian dan 5,717 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah korban terkini mencecah 25,399 dan lebih 1.46 juta kes, menurut data rasmi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021
Sehingga kini, lebih 35 juta penduduk telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin, sementara lebih 20 juta warga sudah menerima vaksin. - Twitter/Global Force for Healing
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies
DVS telah memvaksin 13,592 ekor anjing dan 165 kucing bertuan di Sarawak bagi pencegahan jangkitan rabies untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.
Hampir 157,000 kanak-kanak terima vaksin polio di Gaza
Jeda kemanusiaan dalam konflik ini juga membolehkan kempen ini mensasarkan ratusan ribu kanak-kanak Palestin.
PBB batal kempen vaksinasi polio di sekolah Gaza selepas premis rosak dibedil
Pegawai dari Hospital Al Awda dan Al Aqsa di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan Israel di sekolah Al Mufti di kem pelarian Nuseirat.
Vaksin kanser ovari sedang dibangunkan Universiti Oxford
Vaksin OvarianVax dibangunkan oleh pasukan yang diketuai Prof Ahmed Ahmed daripada Institut Perubatan Molekul MRC Weatherall Universiti Oxford.
Warga emas disaran ambil vaksin influenza, lindungi diri daripada jangkitan serius
Warga emas disaran mengambil vaksin influenza bagi melindungi diri daripada jangkitan lebih serius.