Sekurang-kurangnya 13 mayat berjaya dikeluarkan dari bangunan dalam pembinaan yang runtuh di kawasan teluk pusat pelancongan Goa pada Sabtu.
Menurut Penguasa Polis, Shekhar Prabhudesai, bangunan tersebut runtuh pada tengah hari Sabtu ketika 50 pekerja sedang bertugas di kawasan pembinaan tersebut.
“Sehingga kini kami telah berjaya mengeluarkan 13 mayat dari sisa runtuhan dan kami menjangkakan jumlah kematian akan meningkat,” kata Ketua Menteri Goa, Manohar Parrikar.
Para penyelamat menggunakan penyodok, kren, jengkaut malah tangan untuk mengalihkan tembok-tembok konkrit dalam usaha menyelamatkan mangsa.
Kejadian bangunan runtuh itu merupakan sebuah lagi insiden struktur dalam pembinaan runtuh yang terburuk di India seperti yang terjadi di Canacona, selatan Panaji.
Laporan awal mendapati runtuhan tersebut melibatkan bangunan lima tingkat.
Pasukan bomba dan penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan bantuan tentera telah dipanggil untuk membantu.
“Kami akan menahan kontraktor, pemilik bangunan dan juga pegawai perbandaran yang terlibat dalam meluluskan pembinaan ini dan saya sendiri akan memantau situasi ini,” kata Manohar lagi.
Mayat-mayat telah dibawa ke rumah mayat di hospital berdekatan.
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka. #NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan. #NiagaAWANI
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus. #NiagaAWANI
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Lima kereta rosak akibat bongkah konkrit jatuh dari atas bangunan Kereta tersebut mengalami kerosakan di bahagian bumbung selain tingkap pecah dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi yang turut menyebabkan empat kereta lain terkena serpihan.
Serangan dron berterusan, Kiev beri amaran jelas kepada Rusia Ukraine memberi amaran kepada Rusia konflik antara kedua-dua negara itu akan beralih ke wilayahnya tidak lama lagi.
Kemudahan mesra OKU di Malaysia masih rendah - Nancy Perbincangan bersama kementerian lain dan penelitian dasar OKU di luar negara akan dilakukan bagi memastikan peningkatan di negara ini.
Tapak pembinaan bangunan 42 tingkat terbakar Kebakaran berlaku di tapak projek pembangunan semula The Mariners' Club yang terletak di daerah Tsim Sha Tsui pada Khamis malam.
Runtuhan bangunan: Pihak penyelamat temui seorang mangsa lelaki Penemuan itu berlaku pada hari ketiga SAR dijalankan bagi mengesan enam pekerja binaan yang dilaporkan hilang.
Rumah pekerja binaan musnah terbakar Kebakaran berlaku di tingkat dua kawasan parkir yang dijadikan tempat tinggal pekerja dan penyimpanan peralatan pembinaan.
Seorang maut insiden rumah meletup di Michigan Ketika kejadian, satu bunyi yang seakan bom meletup menyebabkan kawasan kejiranan bergegar dan bekalan elektrik terputus.
Letupan Dhaka: Tujuh terbunuh, 50 cedera Pesuruhjaya Polis Dhaka, Shafiqul Islam berkata, tujuh bangunan berdekatan dan tiga bas mengalami kerosakan akibat letupan tersebut.
Mayat warga emas ditemui di tangga bangunan dalam pembinaan Mayat lelaki warga emas lelaki ditemui orang awam selepas terhidu bau busuk di tangga sebuah bangunan dalam pembinaan.
Mayat lelaki ditemui terputus 2 terjatuh dari tingkat 26 kondominium Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terputus dua selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 26 sebuah kondominium di sini, hari ini.