Banjir Kerala, angka terkini 445 maut

Astro Awani
Ogos 26, 2018 23:28 MYT
Seorang lelaki mendayung perahu yang membawa seekor anjing, berhampiran sebatang pokok yang disangkut sebiji basikal, ketika meredah banjir di Alappuzha, Kerala, 20 Ogos, 2018. (AP Photo/Tibin Augustine)
Jumlah kematian susulan banjir besar di Kerala, India, meningkat kepada 445 orang pada Isnin.
Angka terbaru ini direkodkan selepas pasukan penyelamat menemui lebih 28 mayat, ketika air mula surut.
Pada masa sama, kira-kira sejuta penduduk masih bersesak dalam beberapa kem bantuan.
BACA: Banjir mula surut di Kerala, agihan bantuan makanan digandakan
BACA: Seramai 164 orang terbunuh akibat banjir, tanah runtuh di Kerala, India
Kerajaan juga meningkatkan operasi membersihkan rumah penduduk serta tempat awam yang dipenuhi lumpur.
Pihak berkuasa juga dilaporkan dalam proses memulihkan sambungan bekalan elektrik.
#banjir #India #kem #Kerala #maut #mayat #tanah runtuh