GENEVA: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat memberi amaran bahawa bantuan "tidak sampai kepada penduduk" di Gaza dan akibatnya "kanak-kanak kebuluran."
"Mereka jelas tidak mendapat jumlah yang mereka sangat perlukan untuk mengelakkan kebuluran," kata Jurucakap OCHA PBB, Jens Laerke, dalam taklimat PBB di Geneva, lapor Agensi Anadolu.
Menjawab soalan Anadolu mengenai rampasan Koridor Philadelphi oleh Israel, Laerke berkata: "Lebih banyak tindakan ketenteraan biasanya tidak membantu usaha-usaha kemanusiaan."
Beliau berkata bahawa adalah "sukar untuk meramalkan" bagaimana ia akan mempengaruhi operasi menyampaikan bantuan kemanusiaan secara keseluruhan, memandangkan situasi "sangat dinamik" di lapangan dengan pasukan bersenjata bergerak ke kawasan yang berbeza.
"Kami mahu operasi ketenteraan dihentikan sepenuhnya. Kami mahu mempunyai jeda kemanusiaan," katanya dan menambah: "itulah satu-satunya cara untuk kami dapat menjalankan tugas kami dengan betul."
Tentera Israel pada Rabu mengumumkan bahawa ia menguasai Koridor Philadelphi di sepanjang sempadan Gaza-Mesir.
Koridor Philadelphi adalah jalur tanah sempit sepanjang 14 kilometer yang berfungsi sebagai zon penampan di sempadan Mesir-Gaza dan dijamin oleh Perjanjian Damai Israel-Mesir pada 1979.
Apabila ditanya oleh Anadolu mengenai jumlah trak yang memasuki melalui laluan sempadan Kerem Shalom berikutan penutupan Rafah dan jeti terapung Amerika Syarikat (AS) yang rosak, beliau berkata bahawa beliau tidak akan menyentuh tentang jumlah trak sekarang kerana "jumlah trak ini, kami tidak akan dapat selarikannya; Israel mengatakan sesuatu, kami mengira sesuatu yang lain."
Beliau juga menyifatkan jeti terapung AS yang tidak berfungsi sebagai "berita buruk," tetapi beliau berkata bahawa ia "tidak pernah bertujuan dan tidak pernah realistik untuk menjadi saluran utama penghantaran bantuan. Ia boleh menjadi tambahan."
"Satu-satunya cara untuk mendapatkan bantuan dengan skala dan kelajuan adalah melalui lintasan darat," tegas beliau.
Menjawab soalan mengenai bantuan kemanusiaan di Gaza, Jurucakap WHO Margaret Harris, memetik kajian pemantauan pasca pengagihan yang dijalankan oleh kluster pemakanan, berkata bahawa kepelbagaian pemakanan telah merosot pada bulan Mei, dengan 95 peratus kanak-kanak makan kurang daripada dua kumpulan makanan yang berbeza setiap hari.
"Perkara yang paling mengejutkan bagi saya adalah 85 peratus kanak-kanak tidak makan selama sehari penuh, sekurang-kurangnya sekali dalam tiga hari sebelum kajian dijalankan," kata Harris dengan rasa kecewa.
"Jadi anda bertanya, adakah bekalan sampai? Tidak. Kanak-kanak kebuluran," katanya.
Israel telah meneruskan serangan di Gaza sejak 7 Oktober 2023, walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera.
Lebih daripada 36,200 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan hampir 81,800 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Hampir lapan bulan selepas serangan Israel, sebahagian besar Gaza terletak dalam runtuhan di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan.
Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang dalam keputusan terbaharunya memerintahkan ia segera menghentikan operasinya di Rafah, di mana lebih sejuta rakyat Palestin telah mencari perlindungan sebelum ia diserang pada 6 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 31 2024
Menurut jurucakap WHO, 85 peratus kanak-kanak tidak makan selama sehari penuh, sekurang-kurangnya sekali dalam tiga hari sebelum kajian dijalankan. - Gambar fail/Reuters
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kesatuan Wartawan Palestin lancar kempen #WomenJournalistsWartime
Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keganasan yang dihadapi wanita Palestin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anuar Zain dilantik Duta Kemanusiaan MAHAR
Anuar Zain dilantik sebagai Duta Kemanusiaan Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) sempena kempen 'Palestine Rays of Hope'.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
Hari Solidariti Antarabangsa: Usaha Malaysia membela Palestin wajar dihargai
Malaysia terus menjadi antara negara paling lantang menyuarakan isu Palestin di pentas antarabangsa.