Selepas mengutuk Israel dalam kunjungannya ke tebing barat Ramallah dan Baitulmaqdis Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengkritik kepimpinan Bashar Assad.

Obama yang dalam jelajah ke Asia Barat kini berada di Jordan dan sebelum ini menghabiskan masa dua hari di tebing barat, Baitulmaqdis dan Ramallah.

Semasa di Jordan, Obama menarik perhatian bahawa masyarakat antarabangsa perlu bekerjasama menamatkan pertumpahan darah di Syria.

Selain itu katanya adalah menjadi peranan masyarakat antarabangsa juga memastikan kumpulan pembangkang yang berwibawa bersedia untuk menggantikan rejim sekarang jika Bashar disingkirkan.

Usaha untuk mengembalikan keamanan di Syria seolah-olah tidak dapat ditahan-tahan khususnya di kalangan pemimpin dunia dan kuasa barat seperti Amerika Syarikat.

Sehingga kini pertempuran dan keganasan di Syria sejak lebih dua tahun lalu meragut 20 ribu nyawa kebanyakannya kanak-kanak dan orang awam.