Baru 20 minit dibeli, Lamborghini rosak teruk terbabit kemalangan

Agensi
Jun 25, 2020 13:15 MYT
Rempuhan menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian belakang kereta. - Foto/Twitter WYP Roads Policing Unit
Sebuah kereta Lamborghini bernilai £200,000 (RM1.06 juta) rosak teruk selepas terbabit dalam satu kemalangan di Leeds, United Kingdom.
Lebih malang, kereta itu sebenarnya baru dibeli dan baru 20 minit dipandu keluar dari pusat pengedar.
Kemalangan tersebut berlaku sekitar jam 1 tengah hari Rabu.

M1 Ossett today - Its only a car ! But on this occasion a 20 minute old brand new Lamborghini that stopped due mechanical failure in lane 3 them hit from behind by an innocent motorist #couldhavecried pic.twitter.com/S1f9YEQGcD

— WYP Roads Policing Unit (@WYP_RPU) June 24, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lamborghini Huracan itu dilaporkan berhenti secara tiba-tiba ketika melalui laluan paling kanan lebuh raya, dipercayai kerana masalah mekanikal sebelum dirempuh dari arah belakang oleh sebuah van.
Rempuhan menyebabkan hampir keseluruhan bahagian belakang kereta mewah itu musnah.
Jurucakap polis mengatakan pemandu van mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala, namun tiada kenyataan tentang keadaan pemandu kereta terbabit.
#kemalangan #Lamborghini #Leeds #polis #United Kingdom