Seorang bayi yang dilahirkan dengan empat kaki dan dua tulang belakang kini boleh hidup seperti biasa.

Ia hasil kejayaan sepasukan pakar bedah di Hospital Kanak Kanak Advocate di Park Ridge, Illinois, Amerika Syarikat.

Kes yang berlaku kepada Dominique, 10 bulan diklasifikasikan sebagai luar biasa.

Dua kaki Dominique ke terletak di leher dan bahagian belakang badan.

Pembedahan dijalankan dengan bantuan lima puluh anggota pasukan perubatan termasuk lima pakar bedah.

Selepas lima hari, Dominique yang berasal Adari Ivory Coast kini dilaporkan berada di bawah jagaan keluarga angkatnya.