Beijing pecah rekod alami suhu bawah sifar berminggu-minggu

Astro Awani
Disember 26, 2023 01:20 MYT
Beijing memecah rekod suhu di bawah sifar pada Disember sejak 1951, selepas angin sejuk melanda seluruh negara dan membawa ribut salji. - Foto REUTERS
BEIJING: Ibu kota China, Beijing, memecah rekod suhu di bawah sifar pada Disember sejak 1951, selepas angin sejuk melanda seluruh negara dan membawa ribut salji.
Bahagian utara dan timur laut negara telah mengalami suhu paras terendah dalam sejarah sejak minggu lepas, dengan beberapa kawasan di timur laut mencapai -40 darjah Celsius dan ke bawah.
Sehingga Ahad, balai cerap cuaca di Beijing telah merekodkan lebih 300 jam suhu di bawah paras beku sejak 11 Disember.
Ia merupakan rekod tertinggi bagi bulan berkenaan sejak bacaan yang sama pernah direkodkan pada 1951.
Ibu negara itu juga telah mengalami sembilan hari berturut-turut suhu di bawah -10 darjah Celsius dalam tempoh berkenaan.
#suhu sejuk #suhu bawah sifar #musim sejuk #cuaca global