NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mahu melihat ketegangan semakin memuncak antara China dan Amerika Syarikat (AS) ekoran insiden belon pengintip yang disyaki milik China dikesan di ruang udara Amerika, lapor Agensi Anadolu.
"Kami bimbang apabila terdapat ketegangan yang memuncak antara China dan AS dan ini adalah perkara yang sering dirujuk oleh Setiausaha Agung dalam banyak ucapannya.
"Khusus mengenai insiden ini, jelas sekali kedua-dua pihak perlu mengatasinya. Tetapi memandangkan peranan kedua-dua negara sebagai peneraju kepimpinan global, saya fikir adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk melakukan apa sahaja yang mereka mampu untuk meredakan ketegangan," kata jurucakap Stephane Dujarric kepada pemberita.
Setiausaha Negara AS Antony Blinken menangguhkan lawatan ke China susulan insiden "belon pengawasan" itu.
China mendakwa belon itu adalah "kapal udara awam yang digunakan untuk penyelidikan".
Tetapi Pentagon menolak dakwaan itu.
"Kami tahu belon itu telah menceroboh ruang udara AS dan undang-undang antarabangsa -- dan tidak boleh diterima," kata jurucakap Pentagon Brig. Jeneral Pat Ryder.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023
Setiausaha Negara AS Antony Blinken menangguhkan lawatan ke China susulan insiden "belon pengawasan" itu. - Gambar fail
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong Bharu
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu.
Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.
Lelaki Myanmar dan Bangladesh dalang sindiket pekerja asing
Dua lelaki dari Myanmar dan Bangladesh disyaki dalang utama sindiket pekerja asing ditahan Jabatan Imigresen menerusi operasi khas di ibu negara.
Fokus mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer, Fakulti Inovasi & Teknologi, Taylor’s University, Prof.Madya Ts Datuk Dr. Husin Jazri berpendapat bahawa Kementerian Ekonomi Malaysia harus fokus cara untuk mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan penuh dikalangan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) ini berjaya.
Operasi pembenihan awan Sabah dimulakan pagi tadi - Hajiji
Operasi pembenihan awan bagi menghasilkan hujan di Sabah telah dimulakan pagi ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Muhyiddin fail kebenaran semak semula keputusan panel hakim
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin fail permohonan kebenaran Mahkamah Rayuan untuk semak keputusan oleh panel hakim yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa RM232.5 juta.
Tawaran RM1 juta bagi setiap RM1,000 yang dilabur
Pulangan RM1 juta bagi setiap RM1,000 yang dilaburkan. Itu taktik yang digunakan sindiket penipuan skim pelaburan IKS Sabah unruk memperdaya mangsa.
Belum sampai 3 bulan, polis terima 7,348 kes, libatkan kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Jepun bingung kemunculan sfera misteri
Sfera yang berukuran kira-kira 1.5 meter lebar itu muncul di pantai di Hamamatsu, sebuah bandar di Pulau Honshu.
Belon pengintip: AS akan kongsi maklumat dengan puluhan negara dunia
AS mendapat maklumat berdurasi 'hampir sejam' mengenai belon yang ditembak jatuh oleh negara itu pada Sabtu.
China tolak adakan rundingan selepas 'belon' ditembak jatuh - Pentagon
Beijing menolak tawaran untuk mengadakan rundingan selepas Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh belon pengintip yang didakwa milik China.
Apa itu belon pengintip China yang 'terlepas' ke ruang udara Amerika Syarikat?
Amerika Syarikat sedang menjejaki belon pengintip milik China yang dilaporkan berada di ruang udara negara itu pada Khamis.
Operasi AS tembak jatuh belon pengintip milik China
Belon yang dianggarkan sebesar tiga bas sekolah itu dilaporkan ditembak jatuh pada ketinggian kira-kira 60,000 kaki.
Belon pengintip: Setiausaha AS selar tindakan China
Blinken berkata tindakan itu jelas melanggar kedaulatan AS dan undang-undang antarabangsa.
Belon pengintip: PBB bimbang ketegangan antara China-AS
PBB bimbang terdapat ketegangan memuncak antara China dan AS dan ini adalah perkara yang sering dirujuk dalam ucapan Setiausaha Agungnya.
Pentagon dakwa belon pengintip China berada di ruang udara AS
Pihak Pentagon sedang menjejaki trajektori belon itu dan mengesahkan bahawa ia masih berada di ruang udara di wilayah itu.