Lava daripada gunung berapi Kilauea yang masih aktif setakat ini telah menghancurkan beratus-ratus buah rumah di kawasan pedalaman Kapoho daerah Big Islands.

Menurut jurucakap Hawaii County, Janet Snyder, 117 buah rumah musnah pada Isnin manakala 87 buah rumah alami nasib sama pada Jumaat.

Pihak berkuasa khuatir jumlah itu meningkat dalam masa beberapa hari lagi.

Situasi bertukar genting apabila lava gunung berapi Kilauea mula mengalir ke dalam laut di Kapoho Bay.

Setakat ini jumlah sebenar rumah yang musnah belum dapat disahkan dan pihak berkuasa masih meneliti langkah dan prosedur yang berkesan bagi mendapatkan jumlah tersebut dalam masa terdekat.

BACA: Kilauea terus marah, bawa malapetaka hingga ke rimba dan laut Hawaii

BACA: 'Raksasa api' pemusnah 'syurga' terus mengganas

BACA: Kaki hancur terkena percikan lava gunung berapi Kilauea