BOSTON: Sebuah fakulti undang-undang di Massachusetts dilaporkan tersalah menghantar e-mel yang meluluskan permohonan kemasukan ribuan pemohon.

Dalam sebuah kenyataan, fakulti undang-undang di Universiti Northeastern mengakui melakukan ‘kesilapan teknikal’ apabila meluluskan permohonan kemasukan pada musim luruh depan.

Difahamkan, sebanyak 200 e-mel dihantar kepada pemohon baharu manakala 4,000 e-mel lagi dihantar ke individu yang sebelum ini pernah memohon untuk mengikuti jurusan undang-undang di Universiti Northeastern.

Sementara itu, wakil pihak pengurusan fakulti telah memaklumkan mengenai kesilapan teknikal yang terjadi menerusi e-mel penjelasan kepada kesemua pemohon.

“Keputusan kemasukan tidak akan dikeluarkan sehingga akhir tahun akademik berakhir.

“Kami amat kesal dengan kesilapan teknikal yang berlaku dan akan mengambil tindakan lanjut agar kesilapan begini tidak berulang lagi,” kata wakil. 

Lakisha Papoutsakis yang merupakan ibu tunggal dari Northborough, Massachusetts memaklumkan mendapat emel diterima mengikuti jurusan undang-undang di fakulti berkenaan namun terpaksa menerima kenyataan mengenai ‘kesilapan teknikal’ itu.