ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 1 Julai 2020.

1) Warga Prague ucap 'selamat tinggal' kepada COVID-19 dengan acara makan malam

Sebuah meja makan yang diatur sebaris dan sepanjang 500 meter mencuri perhatian di tengah-tengah laluan jambatan paling ikonik serta bersejarah di ibu negara Republik Czech, pada Selasa.

2) Pemuzik terkenal ditahan atas dakwaaan keganasan domestik

Pemain bass kumpulan Maroon 5, Mickey Madden telah ditahan polis atas dakwaan keganasan domestik.

3) COVID-19: AS catat peningkatan berganda kes

Sekurang-kurangnya 10 negeri di Amerika Syarikat (AS) mencatat peningkatan berganda kes COVID-19.

Rumusan ini didedahkan menerusi analisis agensi berita Reuters.

4) COVID-19: AS berdepan kemungkinan catat 100,000 kes setiap hari

Amerika Syarikat (AS) berdepan situasi yang mencatat 100,000 jangkitan COVID-19 setiap hari.

Amaran dinyatakan Pengarah Institut Penyakit Berjangkit Nasional, Dr Anthony Fauci.

5) COVID-19: Airbus akan buang 15,000 pekerja berpusat di Eropah

Syarikat penerbangan gergasi Eropah, Airbus mengumumkan akan membuang 15,000 pekerja yang berpusat di Eropah berikutan kesulitan kewangan kesan daripada pandemik COVID-19.

6) Undang-undang keselamatan tekan kebebasan Hong Kong?

Penduduk Hong Kong berdepan hukuman penjara seumur hidup sekiranya melanggar undang-undang keselamatan yang baharu.

7) COVID-19: Aktiviti renang di kolam berklorin selamat

Aktiviti riadah di kolam renang yang berklorin adalah selamat dari jangkitan COVID-19.

Demikian dinyatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sambil menetapkan syarat bahawa kolam renang itu harus diselenggara dengan baik dengan jumlah peratusan klorin yang dibenarkan

8) COVID-19: Singapura lapor 215 kes baharu, jumlah melebihi 44,000

Singapura hari ini melaporkan 215 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan 10 kes dalam komuniti menjadikan jumlahnya di republik ini kepada 44,122 kes.

9) WHO selaras kerjasama dengan China berhubung strain baharu selesema babi

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang menyelaras kerjasama dengan pihak berkuasa China untuk membuat penilaian lebih teratur mengenai strain baharu selesema babi (H1N1) yang dilaporkan merebak dalam kalangan pekerja ladang-ladang babi di China.

10) PSBB di Jakarta dilanjutkan 14 hari, kes COVID-19 berterusan meningkat

Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) bagi fasa transisi atau pemulihan di provinsi Jakarta, dilanjutkan untuk tempoh 14 hari lagi.