ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 15 Julai 2020.


1) Trump tandatangani perintah lucut status khas Hong Kong

Presiden Donald Trump pada Selasa menandatangani perintah eksekutif untuk melucutkan status khas Hong Kong di bawah undang-undang Amerika Syarikat (AS), ketika pertikaian antara Washington dan Beijing kian memuncak, lapor agensi berita Anadolu.

"Hong Kong sekarang akan dilayan sama seperti China - tiada hak istimewa, tiada layanan khas dari sudut ekonomi, dan tiada eksport teknologi sensitif," kata Trump kepada wartawan pada sidang media.

2) 16 terbunuh, 23 hilang banjir kilat di Sulawesi

Pihak berkuasa Indonesia pada Rabu memaklumkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh, manakala 23 lagi masing hilang dalam kejadian banjir kilat di wilayah Selatan Sulawesi.

Kejadian mengakibatkan jalan raya dan ribuan rumah diliputi lumpur.

3) Sanggup bahayakan nyawa anak demi sekeping gambar!

Tindakan seorang lelaki yang sanggup membahayakan nyawa anaknya demi mendapatkan gambar yang unik dikecam netizen semalam.

Sebuah rakaman video yang tular di laman sosial Weibo menunjukkan, seorang kanak-kanak memegang tangan bapanya manakala kakinya bertahan pada tebing dinding konkrit sementara seorang lagi anak lelakinya cuba mengambil gambar dari arah belakang.

4) Seorang maut, puluhan cedera dalam rempuhan kereta api

Sebuah kereta api penumpang merempuh sebuah kereta api barang dalam kejadian berhampiran ibu negara Republik Czech, mengakibatkan seorang terkorban, manakala puluhan lagi cedera.

Mangsa dilaporkan maut dalam nahas berhampiran stesen Cesky Brod di timur Prague, pada jam 9.30 malam waktu tempatan, pada Selasa.

5) Arca penunjuk perasaan menggantikan patung Colston di Bristol

Sebuah patung arca penunjuk perasaan dalam demonstrasi Black Lives Matter didirikan di atas tapak patung Edward Colston yang ditumbangkan pada 7 Jun lalu.

Seniman Marc Quinn menghasilkan patung menyerupai Jen Reid - seorang penunjuk perasaan yang berdiri di atas tapak berkenaan selepas patung Colston ditumbangkan dan dibuang ke dalam perlabuhan Bristol.

6) 249 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Singapura

Kementerian Kesihatan Singapura melaporkan 249 kes baharu COVID-19 direkodkan setakat tengah hari Rabu, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara itu meningkat kepada 46,878 kes.

Daripada jumlah tersebut, 16 merupakan kes jangkitan dalam komuniti, lima kes import, manakala selebihnya adalah pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing.

7) COVID-19: Kes positif di Indonesia lepasi angka 80,000

Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat dan kini melepasi angka 80,000 kes, iaitu tambahan kes baharu sebanyak 1,522 dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 87 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,797 orang.

8) We must not go back to business as usual post-COVID-19, says Commonwealth sec-gen

The COVID-19 pandemic taught the world some very valuable lessons - chief among them was the reminder of the connection between man and nature and how human actions could leave severe consequences on the well-being of the earth and its inhabitants, said Commonwealth Secretary-General Patricia Scotland.

"What we do as people affect our land and what we do in our lands affects our oceans...the atmosphere, and what happens in the atmosphere affects us as human beings and the quality of our lives," Patricia Scotland said in an interview with Bernama over Skype recently from London.

9) Health experts put Tokyo on highest coronavirus alert

Health experts put Tokyo on the highest alert for coronavirus infections on Wednesday, alarmed by a recent spike in cases to record levels, while the governor of the Japanese capital said the situation was "rather severe".

The resurgence of the virus in Tokyo could add to the growing pressure on policymakers to shore up the world's No.3 economy, which analysts say is set to shrink at its fastest pace in decades this fiscal year due to the pandemic.

10) The US rejects China's territorial claim over the South China Sea, deeming it as illegal

UNITED STATES (US) Secretary of State Mike Pompeo released a statement on Monday denying China’s disputed claim on the South China Sea and accused Beijing of bullying other claimant states.

"The world will not allow Beijing to treat the South China Sea as its maritime empire,” the statement reads
The Chinese Embassy in the US responded by describing the statement as “completely unjustified" and accused the US of inciting tensions in the region.